Loading...
TR

Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika mendengar lagu sambil telefon dicas


Seorang remaja maut akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbitnya yang sedang dicas dan dalam masa yang sama mangsa sedang memakai 'earphone', lapor Harian Metro

Dalam kejadian di rumah mangsa di Kampung Gais Batu Pedas, Rembau, kelmarin, mangsa, Mohd Aidi Azzhar Zahrin, 16, ditemui tidak sudah tidak bernyawa pada jam 12.45 tengah hari oleh ibunya.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri ABdul Salam berkata, remaja lelaki itu pada awalnya dilihat dalam keadaan tertiarap di lantai dan disangka sedang tidur oleh ibunya, 51, yang keluar dari rumah jam 7.45 pagi untuk ke tempat kerja. 

Bagaimanapun, si ibu berasa tidak sedap hati lalu pulang semula ke rumah dan sebaik saja tiba di rumah, mangsa masih berada dalam posisi yang sama sebelum dikejutkan tanpa sebarang tindak balas. 

"Wanita itu cuba mengejutkan anaknya, namun tiada tindak balas. Malah keadaan badan mangsa begitu sejuk," katanya. 

Si ibu kemudian menghubungi pihak klinik kesihatan untuk meminta bantuan. Pegawai perubatan tiba di kediamannya untuk membuat pemeriksaan dan mendapati berlaku pendarahan di sebelah telinga kiri mangsa. 

"Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui kesan lebam atau luka, sebaliknya pendarahan di sebelah telinga kiri.


"Ketika itu mangsa sedang memakai 'earphone' dan telefon bimbit miliknya yang berada bersebelahan sedang dicas. Pemeriksaan lanjut mendapati remaja itu sudah meninggal dunia," katanya.

Ketika salah seorang abang mangsa cuba mematikan suis eletrik, terdapat kesan renjatan elektrik pada wayar tersebut. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan hasil bedah siasat mengesahkan remaja itu maut akibat terkena renjatan elektrik.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.