Loading...
TR

'Patik risau nanti kalangan rakyat marhein tidak lagi menghormati istana' - Khairuddin saran TMJ jadi ahli politik sepenuh masa


"Saya ingin menasihati Tengku Mahkota Johor (TMJ) turun dari singgahsana dan masuk gelanggang politik secara sepenuh masa!!" demkian tulis bekas pemimpin UMNO, Khairuddin Abu Hassan. 

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya semalam, Khairuddin berkata, Tunku Ismail wajar 'mengikut teladan' veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar (adik Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah( yang berbuat demikian. 

"Ampun Tuanku, sekiranya tuanku rasa tuanku hebat berpolitik dan gemar membuat kenyataan-kenyataan berbaur politik, patik dengan rendah hati serta penuh tawadduk ingin sarankan kepada tuanku untuk turun takhta seterusnya libatkan diri dalam arena politik secara sepenuh masa.

"Tuanku harus ikut jejak langkah mulia dan terpuji YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YM tengku Azlan Sir Abu Bakar yang mencemar duli melibatkan diri sebagai tokoh politik sepenuh masa. 

"Tuan jangan berada di atas takhta serta berselindung di belakang perlembagaan yang mana rakyat marhein akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya menjawab tohmahan tuanku secara kritis. 

"Perlembagaan dan undang-undang melindungi tuanku dari menerima kenyataan-kenyataan kritis dari rakyat jelatan di peringkat akar umbi. 

"Bagi patik, ianya amat kurang enak kerana tuanku boleh kritik rakyat marhein tetapi rakyat marhein tidak boleh mengkritik tuanku kerana keistimewaan perlembagaan untuk memagari tuanku. 

"Sekiranya tuan masih terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur politik, patik amat risau nanti kalangan rakyat marhein tidak lagi menghormati istana. 

"Sesungguhnya, tuanku amat bijak dan kemungkinannya berpendidikan tinggi. Lupakah tuanku bahawa negara kita mengamalkan sistem 'Raja Berpelembagaan' yang melarang Raja-Raja Melayu terbabit dalam politik?

"Janganlah tuanku senantiasa serta secara berterusan mengungkapkan kenyataan-kenyataan politik yang amat tidak manis didengari oleh rakyat jelata kerana kita mengamalkan sistem 'Raja Berpelembagaan'. 

"Tetapi seandainya tuanku rasa hebat berpolitik, turunlah dari takhta secara terhormat agar tuanku boleh terus mengkritik tokoh-tokoh pemimpin kerajaan seterusnya pula rakyat boleh mengkritik tuanku secara terbuka. 

"Teladannilah jejak langkah YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YM Tengku Azlan Shah Sir Abu Bakar. Jejak langkah ini barulah tuanku akan lebih dihormati dan dipandang mulia oleh sekalian rakyat marhein," tulisnya. 


About Cite Malaya

Powered by Blogger.