Seorang lelaki yang mempunyai tabiat pelik menghidu bau stokinnya setiap kali pulang dari kerja disahkan menghidap jangkitan kulat di paru-paru, lapor Daily Mail.
Peng, 37, dimasukkan ke hospital di Zhangzhou, Fujian, China, selepas dia mengadu kerap batuk dan sakit dada.
Semasa diperiksa oleh doktor, Peng memaklumkan bahawa dia mempunyai tabiat suka menghidu bau stokin yang telah dipakai.
Akibatnya, pesakit terbabit mendapat jangkitan dari kulat yang telah berkembang di stokin dan menjejaskan paru-parunya.
Peng dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan segera. Dia dijangka akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.
Sementara itu, berita itu mengundang pelbagai reaksi netizen di mana kebanyakan mereka mengakui mempunyai tabiat yang sama dan kini mereka bimbang dengan tahap kesihatan masing-masing.
"Tujuan saya menghidu stokin saya adalah untuk mengetahui sama ada ianya boleh dipakai lagi ke tak," kata netizen.
"Oh tidak! Mungkin saya patut berhenti menghidu stokin saya selepas memakainya. Saya berjanji saya akan basuh stokin saya setiap hari mulai dari hari ini," kata netizen seorang lagi.