Beberapa hari lalu, netizen khususnya pemegang akaun CIMB digemparkan dengan kes kehilangan wang simpanan dari akaun bank yang dipercayai didalangi penggodam. Namun pihak CIMB Bank menegaskan sistem perbankannya adalah selamat dan memberi jaminan bahawa wang simpanan pelanggannya juga selamat.
Sebagai pelanggan, sudah tentu anda masih berasa risau. Oleh itu, mungkin panduan dari Aini Yunus ini boleh meredakan sedikit kebimbangan anda. Semoga bermanfaat.
KECOH hari ini (semalam) viral tentang CIMB deducted account customer. "Duit kena tolak". "Duit kena tarik", "Duit hilang dalam akaun" dan macam-macam soalan pelik lagi terpaksa kena jawab sepanjang office hour.
Tak habis di situ, phone pun sama ringing tak henti-henti quering for the same thing.
Untuk pengetahuan ramai, mana-mana bank sekalipun cannot simply-simply deduct duit customer. Ada rules yang terpaksa kami kena follow. Silap haribulan boleh makan diri sendiri jika tersilap langkah.
Sedih juga rasa hati, tapi tak apa. Kata kesat, kata manis sudah menjadi makanan ruji dalam dunia kerja.
Terpanggil pula kali ini untuk buat posting yang berkaitan dengan isu sensitif. Sedikit info yang mungkin boleh dikongsi bersama.
Cara ini untuk deactivate pos debit bagi card not represent. Means for belian debit secara online especially payment through Paypal. Tapi korang kena pergi ke ATM CIMB terdekat untuk buat transaction ini.
1. Masukkan kad. Di menu utama, pilih 'Lain-Lain'.
2. Select 'Kad ATM/Debit/Credit berkaitan'.
3. Lagi sekali, pilih 'Kad Debit'.
4. Tekan 'Transaksi Tanpa Sentuh'
5. Kemudian, Nyahaktifkan dia. Baling jauh-jauh masuk bukit 7. Huhu.
6. Akhir sekali, kalau akaun personal, masukkan nombor kad pengenalan. Kalau akaun syarikat, masukkan nombor pendaftaran perniagaan. Kemudian tekan 'Betul'. InshaAllah selamat dari segala angkara jahat penggodam.
Minta maaf. Nawaitu saya di sini hanya satu, ingin membantu setakat yang termampu. Semoga memberi manfaat buat semua.
Sumber: Aini Yunus