AKU nak berkongsi pengalaman aku yang gila memancing menggunakan bot di sekitar kawasan WAP di Westport, Pelabuhan Klang. Sepanjang aku berkunjung ke sana, dua kejadian seram berlaku.
Tahun 2000, WAP Westport Pelabuhan Klang
Hari yang dijanjikan telah pun tiba. Aku berdebar-debar menanti masa untuk bertolak ke Jeti Pulau Pindah. Sebaik saja tiba di destinasi, kami bertiga pun menurunkan barang pancing dari bonet kereta. Itu merupakan pengalaman pertama aku turun laut memancing menaiki bot.
Jadi, abang aku pun pergi mendapatkan tuan punya bot yang bernama Pak Mat. Sekitar tahun 2,000, Pak Mat ni berniaga di Jeti Pulau Indah dan turut menawarkan perkhidmatan menyewa bot.
Wakatu itu jam menunjukkan pukul 9 malam. Selepas kami bertiga memuatkan barangan pancing dalam bot, kami pun bertolak menuju ke area jeti Star Cruise dan memancign di kawasan itu untuk warm up joran. Perjalanan mengambil masa setengah jam memandangkan enjin bot berkuasa kecil.
Selepas puas warm up, kami pun terus memasuki kawasan WAP di Westport. Lokasi yang dipilih ialah sekitar kantin Westport. Berdekatan dengan kantin tersebut pula terdapat sebuah kuil Hindu. So, kami pun melabuhkan sauh dan meneruskan aktiviti memancing.
Masa itu waktu dah menunjukkan jam 1 pagi. Dalam leka menunggu ikan membelek umpan udang kitorang, tiba-tiba member aku, si Ali, membebel.
"Ni yang tak best ni. Orang nak memancing, dia pula sibuk kat sini."
Bila terdengar bebelan si Ali, abang aku pun bertanya.
"Kenapa kau cakap macam tu, Ali?"
"Cuba kau pusing pandang ke arah aku ni Ayie."
Sebab masa itu si Ali ni memancing menghadap ke arah kuil Hindu. Aku dengan abang aku menghadap ke arah WAP, tempat bot berlabuh. So aku masa tu malaslah nak pusing. Aku biarkan abang aku saja yang pusing untuk melihat.
Sebaik saja abang aku pusing, dia terus toleh memandang aku dan senyap saja. Aku pun buat bodoh saja. Kemudian dia bersuara dan bercakap dengan aku.
"Jomlah kita gerak cari port lain."
Belum sempat aku nak cakap, tiba-tiba joran aku direntap oleh ikan. Aku mulalah bertarung. Di dalam sibuk aku menjinakkan ikan, aku melihat si Ali sedang menarik sauh naik, manakala abang aku pula sedang menghidupkan enjin bot. Apa lagi, aku pun naik anginlah.
"Boleh tak korang tunggu jap?! Aku nak naikkan ikan!"
Abang aku senyum saja. "Tak apa, kitorang tunggu ko naikkan ikan sebelum aku pulas throttle engine ni."
Lebih kurang tiga minit kemudian, aku berjaya naikkan ikan tadi. Memang rezeki aku, aku dapat ikan senangin beratnya lebih kurang 1.8 kilogram. Kemudian aku pun jeritlah, "Moh lah!"
Tapi abang aku kata, "Cuba kau tengok kat kuil itu. Apa yang kau nampak?"
Aku pun terkejutlah, rupa-rupanya ada kelibat seorang lelaki bermata merah berpakaian sami India dengan memegang serampang tiga mata berdiri di atas air dan berjalan ke arah kitorang. Lalu abang aku suruh aku duduk dan betulkan posisi dalam sampan sebelum dia memecut keluar dari kawasan itu dan terus ke Jeti Star Cruise.
Aku memang tergamam dengan apa yang aku lihat. Tetapi abang aku dengan si Ali betul-betul relaks. Diorang tenangkan aku. Diorang kata, agaknya benda itu tak bagi kitorang memancing di tempat dia.
Tahun 2003, WAP Westport
Setelah semua sampai di Jeti Pulau Indah, kami load barang ke dalam bot dan bertolak ke WAP Westport. Masa aku sampai di tempat itu, waktu menunjukkan jam 9 malam. Seperti biasa kami memancing di luar WAP dulu. Sekitar jam 11 malam, abang aku bercakap dengan si Ali yang dia nak masuk ke bawah WAP dan parking di sebelah kapal kontena.
Ali dengan seorang lagi rakan setuju, tetapi aku membantah sebab di bawah WAP itu gelap dan panas. Tanpa mempedulikan aku, abang aku terus masuk ke bawah WAP dan merapatkan sampan betul-betul dekat dengan kapal pengangkut kontena.
Masa di bawah itu, jelas kedengaran pekerja sedang memunggah kontena masuk ke dalam kapal tersebut. Aku pasrah dan mula layan mancing. Hasilnya not bad. Dapatlah ikan tanda saiz besar tapak tangan. Tiba-tiba aku ternampak abang aku dok melayan ikan di belakang sampan.
"Wei Ali! Meh sini. Kau tengok ikan apa ni. BEsarnya. Saiz dalam 3-4kg." jeritnya pada Ali.
Tiba-tiba Ali cakap, "Wei, apsal ikan ni pelik?".
So apa lagi, aku dengan rakan yang seorang lagi pun tengoklah ikan itu. Rupa-rupanya ikan itu macam ada rambut pula di atas kepalanya. Kami berempat terdiam. Tiba-tiba kapal itu membunyikan hon.
Aku menjerit "Woi! Kapal ni nak gerak. Keluarlah!"
Masing-masing mengelabah tarik dan gulung tali pancing. Si Ali dok sibuk melepaskan tali yang diikat pada tiang dan abang aku pula sibuk start enjin bot. Malangnya enjin pula tak boleh hidup. Kami cuba berdayung keluar dari bawah WAP dan menjauhkan diri dari kipas kapal. Hampir 15 kaki jarak dari tempat kami berlabuh, barulah enjin boleh dihidupkan semula.
Sebaik saja kami melepaskan diri dari WAP, tak semena-mena enjin kapal tadi dihidupkan. Ombak yang terhasil jangan cakaplah, memang mega beb! Mujurlah kami semua sempat keluar. Kalau tidak, entah apalah nasib. Apa yang menjadi persoalan, ikan apakah itu? Kesemua kami dapat melihat dengan jelasnya ikan itu.
Sumber: Mr Trader