Loading...
TR

'Nyaris rugi RM149 ditipu scammer'


Saban hari, kes scammer meningkat dan ada saja taktik baru digunakan untuk memerangkap mangsa terutamanya golongan yang tidak peka dengan aktiviti scammer. Taktik licik mereka adakalanya sukar dikesan, membuatkan mangsa mudah terperdaya. Tidak kurang juga, ada pihak dalaman yang terlibat membantu scammer. 

Dalam kejadian baru-baru ini, Nur Nabilah berkongsi kejadian yang dialami ibunya dan hampir saja menjadi mangsa scammer. Mujur kepekaan si ibu mengenai jenayah ini dapat mengelakkan mengalami kerugian ratusan ringgit. 

Taktik scammer melalui kurier servis

Korang semua, kalau ada orang hantar barang secara Cash On Delivery (COD), tapi korang tak ada buat pesanan langsung, tolong jangan sign kertas terima dan cakap terus "Saya tak nak terima barang ini". 

Kejadian ini baru saja berlaku pada ibu dan abah saya. Tapi Alhamdulillah ibu sangat peka dengan perkara yang berkaitan dengan scammer ini. 

Masa itu, ibu saya sedang menjahit tempahan baju orang, tiba-tiba ada orang GDex datang hantar barang tetapi secara COD atas nama penuh abah saya. 

Ibu tak terus tandatangan kertas terima barang itu, ibu kemudian call abah untuk pastikan barang tersebut. Abah kata dia tak pernah pesan apa-apa. Kemudian ibu terus cakap dia tak nak terima barang itu. 

Kalau korang nak tahu, abah saya tak pernah langsung pesan apa-apa menggunakan handphone sebab handphone dia pun jenis untuk call dan mesej biasa sahaja. Jadi, satu kepelikan di situ, betul tak? 


Lagi satu, perhatikan berat parcel ini, 0.00 kilogram tetapi kena bayar RM149. Jadi, terang-teranglah ini adalah kegiatan scammer. 

Nasihat saya, kalau terima apa-apa barang, pastikan itu barang dari seller yang korang beli. 

Share post ini kepada kawan, jiran serta keluarga anda supaya berjaga-jaga dengan taktik scammer seperti ini. Orang yang nak menipu atau scammer akan guna bermacam-macam cara untuk mencuri duit kita. 

Saya doakan anda semua dilindungi dari sebarang anasir-anasir jahat. 

Sumber: Nur Nabilah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.