"Bukan, tak betul. Nama saya bukan Muhammad Sajjad. Tapi nama penuh saya Sajat Kamaruzzaman.
"Nama dalam IC hanya S A J A T Kamaruzaman. Tak ada Muhammad pun," demikian penjelasan ahli perniagaan itu, memetik laporan dari mStar Online hari ini.
Penyanyi Bobo Di Mana yang berusia 33 tahun itu menjelaskan, nama 'Nur Sajat' hanyalah panggilan di laman sosial dan penggunaan nama syarikat miliknya.
Sajat juga mempertikaikan laporan media yang hanya menyebutkan namanya saja, sedangkan tiga pertuduhan kes GST itu membabitkan syarikatnya.
"Kes tersebut antara syarikat saya dengan mahkamah dan Kastam, kenapa mereka (media) tak sebut nama syarikat saya?
"Okay, saya thau sebab saya adalah selebriti dan ramai mengenali saya. Tetapi mereka sebut nama saya pun salah," katanya.
Apabila ditanya apakah dia bersedia untuk menunjukkan kad pengenalannya kepada umum bagi membuktikan nama sebenarnya itu, Sajat pula enggan berbuat demikian dan tiada keperluan untuk memuaskan hati netizen.
"Kenapa saya kena tunjuk IC semata-matan nak puaskan hati mereka. Nanti orang salah guna. Sekarang ni dah makin ramai scammer, jadi saya perlu lebih berwaspada.
"Kad pengenalan adalah dokumen peribadi, kenapa kena tunjuk kat orang ramai. Jadi, hormatilah privasi saya," katanya.
Dalam pada itu juga, Sajat meminta netizen tidak berterusan membuat tuduhan atau melemparkan kata-kata yang mengaibkan sebelum mendapatkan sumber sahih terlebih dahulu.
Sumber: mStar Online
BERITA BERKAITAN: