Kejam! Seorang ibu tiri tergamak menyimbah air panas di kemaluan anak tirinya berusia enam tahu, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius, lapor Daily Mail.
Wanita yang dikenali sebagai Xiao itu juga mengikat kemaluan mangsa dengan gelang getah sepanjang malam dan memaksanya menelan duit syiling serta minum air peluntur.
Xiao kini ditahan dan diasat polis selepas mangsa dibawa ke hospital dan disahkan mengalami kelecuran di anggota badannya.
Difahamkan, kakak tiri melucutkan seluar dan seluar dalam mangsa sebelum Xiao menuang air panas di kemaluannya.
Mangsa, Hu, kemudian mengadu tentang kejadian itu kepada ahli keluarga lain, yang turut memaksa dia minum air peluntur serta mencucuk telinga dia dengan putik kapas.
Hu yang tinggal di daerah Haixing, Hebei, China berkata, dia mengalami kelecuran pada 15 Disimber lalu dan dibawa ke hospital oleh ahli keluarga lain selepas mendapati mangsa cedera.
Hu pada awalnya tidak menjelaskan bagaimana dia boleh mendapat kecederaan itu. Namun, dua hari kemudian apabila Xiao tiada di wad hospital, Hu mula mendedahkan perbuatan ibu tirinya itu kepada ibu saudaranya.
Menurut bapa saudara mangsa, bapa Hu berkahwin dengan Xiao dua tahun lalu dan kedua-dua mereka sebelum itu pernah berkahwin.
Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu selepas menerima laporan polis yang dibuat oleh datuk mangsa.