Loading...
TR

Dituduh curi RM10, budak 8 tahun melecur disiram dengan air panas oleh bapanya


Seorang kanak-kanak perempuan melecur di lengan, rusuk dan dada kanan selepas disiram dengan air panas oleh bapanya sendiri kerana didakwa mencuri wang milik ibunya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 malam Khamis lalu di Flat Kampung Melayu, Air Itam, George Town, mangsa berusia lapan tahun itu didakwa mencuri wang RM10. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa dibawa ke balai polis oleh jirannya, untuk membuat laporan. 

"Kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan menerima rawatan di Wad C2 yang menempatkan pesakit yang mengalami kesan terbakar. 

"Keadaannya stabil dan masih boleh berkomunikasi, namun kami menunggu mangsa pulih sepenuhnya untuk diambil keterangan," katanya. 




Siasatan awal polis mendapati, mangsa merupakan anak kedua dari empat beradik. Menurut jiran yang prihatin itu, mangsa dan adik beradiknya sering diabaikan oleh ibu bapa mereka. 

"Setakat ini kami mendapati bapa mangsa yang berusia 41 tahun dan ibunya sudah melarikan diri. 


"Siasatan awal mendapati mangsa disiram air panas oleh bapanya yang berang kerana dia dikatakan mencuri wang RM10 milik ibunya," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.