Loading...
TR

(Video) 'Boleh cakap Melayu, ini bumi Melayu' - Tegur pembantu jualan jual beer, netizen selar kebiadaban lelaki ini


Viral di media sosial seorang lelaki bukan sahaja mengganggu, malah menunjukkan tanda isyarat lucah terhadap seorang pembantu jualan di bahagian barang makanan tidak halal di sebuah pasar raya sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati netizen. 

Video berdurasi 45 saat itu yang berlaku di Giant Ampang Point menunjukkan, Edi Rejang mendakwa gadis itu memberi minuman tester arak jenama Carlsberg kepada pelanggan di pasar raya itu. 

Namun gadis berkenaan menafikan dakwaan Edi dan menegaskan dia hanya mempromosikan minuman itu kepada pelanggan bukan beragama Islam. 


Ketika pembantu jualan itu cuba menegur tindakannya, Edi tidak semena-mena meminta dia berbahasa Melayu kerana ini adalah bumi Melayu. 

Dia kemudian bertanya apakah Edi bersifat perkauman hanya kerana dia berbahasa inggeris dan secara tiba-tiba Edi menunjukkan tanda isyarat lucah sebelum beredar dari tempat itu. 



Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan biadab Edi yang sangat memalukan. Tidak kurang dengan itu, ada yang berjaya mencari identiti Edi terbabit lalu didedahkan kepada umum. 

Edi yang juga mempunyai akaun Instagram itu kini diserang oleh netizen melalui ruangan komen di setiap gambarnya. 


"Chinese girl tu promote kat bahagian non halal food, bukannya halal food. Yang dia gedik pergi masuk bahagian non halal tu pasal apa? Kalau ye pun promoter tu hulur arak, tolaklah dengan cara baik. Bodoh tu please jangan tunjuk sangat. Alahai," kata netizen. 

"Acah-acah nak viral konon dengan menyalahkan budak itu. Last-last satu Malaysia tahu dia sengaja masuk non-halal section. Bodoh bin bebal sangat," kata netizen lain.

Netizen menuntut Edi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pembantu jualan itu yang jelas sekali tidak melakukan sebarang kesalahan.

Tidak kurang juga ada netizen yang meminta gadis itu memfailkan tindakan undang-undang terhadap Edi kerana menganggunya menjalankan tugas, selain menunjukkan isyarat lucah terhadapnya.

Sumber: Syafiq

About Cite Malaya

Powered by Blogger.