Dalam kejadian yang berlaku berhampiran Hard Rock Cafe Melaka itu, tidak dinyatakan apa punca kejadian tetapi jelas kedengaran lelaki terbabit menegaskan dia tidak takut dengan polis dan melemparkan perkataan 'sial'.
Anggota berkenaan kemudian meminta bantuan dari dua anggota polis yang berada di tempat kejadian untuk menggari lelaki terbabit yang mempersoalkan apa kesalahan dia sehingga perlu digari.
Orang awam yang menyaksikan kejadian itu berkata, lelaki terbabit tidak sepatutnya berbuat demikian yang jelas sekali menghalang penjawat awam menjalankan tugas.