Loading...
TR

Tembak nenek kerana bengang diminta kemas bilik


Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Arizona dilaporkan menembak neneknya di bahagian belakang kepala kerana bengang diminta mangsa untuk mengemas bilik. 

Dalam kejadian Sabtu lalu di rumah keluarga itu di Litchfield Park, utara barat Phoenix, mangsa, Yvonne Woodard, 65, ditembak ketika dia sedang menonton televisyen bersama suaminya. 

Difahamkan, pasangan itu mendapat hak penjagaan penuh terhadap kanak-kanak terbabit dalam keterangan kepada polis menjelaskan bahawa mangsa telah meminta dia mengemas biliknya tetapi suspek enggan berbuat demikian. 

Sebelum itu, pasangan berkenaan duduk di sofa sambil menonton televisyen apabila secara tiba-tiba kanak-kanak itu datang menghampiri dari belakang lalu menembak neneknya. 


Suami mangsa segera mengejar cucunya itu tetapi gagal, lalu kembali membantu isterinya yang cedera. 

Polis berkata, pistol yang digunakan suspek adalah milik suami mangsa. 

Sumber: Asia One

About Cite Malaya

Powered by Blogger.