Loading...
TR

Pijak kepala bayi 6 bulan sehingga maut, kanak-kanak didakwa membunuh


Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Wisconsin didakwa membunuh selepas dia memijak kepala bayi lelaki berusia 6 bulan sehingga meninggal dunia.

Menurut pihak berkuasa dan media, tertuduh panik selepas menjatuhkan mangsa secara tidak sengaja di sebuah pusat jagaan harian minggu lalu. 

Hakim memerintahkan tertuduh yang tidak didedahkan nama itu, ditahan pada Isnin sebagai ganti bon AS$50,000 (RM208,460) sementara menunggu pendengaran di mahkamah di Chippewa. 

Tertuduh didakwa sebagai orang dewasa di bawah undang-undang negeri berkaitan insiden itu yang berlaku pada 30 Oktober, tetapi kes itu kemudian akan dipindahkan ke mahkamah juvana.

Difahamkan, tertuduh tidak sengaja berbuat demikian sehingga menyebabkan kepala mangsa terhantuk di bangku. 

"Dia beritahu dia sedang memegang bayi itu dan terlepas. Kepala bayi itu terhantuk di bangku dan dia menangis. 

"Budak itu panik tak tahu apa yang harus dilakukan. Tidak mahu keadaan bertambah buruk, dia terus memijak kepala mangsa," kata peguam Wade Newell. 

Pada awalnya, kanak-kanak terbabit enggan mengaku dan bertanggungjawab terhadap kejadian itu. Tetapi setelah disoal siasat polis, dia mengaku berbuat demikian.

Pakar perubatan pula mengesahkan tulang tengkorak mangsa patah dan memaklumkan bahawa kecederaan yang dialami mangsa itu konsisten 'akibat penderaan kanak-kanak, bukan oleh kerana tidak sengaja. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.