Loading...
TR

'Diorang pinjam phone orang untuk booking Grab, kemudian rompak pemandunya' - Syasha


Viral di media sosial status seorang pengguna Facebook yang mendedahkan modus operandi warga asing yang didakwa cuba menganiaya orang tempatan. 

Syasha Rashid mendakwa, suaminya dihampiri dua lelaki warga asing yang cuba meminjam telefonnya untuk memesan perkhidmatan Grab yang dipercayai adalah bertujuan melakukan jenayah rompakan. 

HAI, nak beritahu baru-baru ini suami saya lepak di kedai mamak LC area Bangi Sentral depan ni. Selepas itu ada dua orang lelaki berkulit hitam datang nak pinjam handphone, katanya nak booking Grab. Tetapi suami saya tak bagi. 

Malam tadi saya terbaca kes ini viral di media sosial. Rupa-rupanya ini adalah salah satu modus operandi diorang nak merompak. 

Diorang booking Grab atas nama orang yang meminjamkan handphone kepada diorang. Kemudian orang-orang itu tadi akan naik Grab ini dan diorang merompak serta membunuh driver Grab ini. 

Secara tidak langsung, rekod booking Grab adalah orang yang bagi pinjam handphone ini dan bukannya orang-orang yang melakukan rompakan itu. Harap berhati-hati ye semua. Ini bukan cerita copy paste. 


Terpulanglah pada korang nak percaya atau tidak kes orang asing nak pinjam phone yang nak booking Grab, FYI, perkara ini benar-benar terjadi pada suami saya. Lagipun buat apa nak tipu? Saya tak kata pun semua orang ini jahat, pandai-pandailah korang nak melindungi diri. Saya cuma berkongsi sahaja. 

Bila orang cakap tak pernah jumpa warga asing di Bangi, wey, korang baru sampai Bangi ke apa? Ni haa meh korang datang Bangi Sentral. Berapa ramai warga asing minta derma siap minta derma untuk tahfiz dan beberapa ramai orang Malaysia pergi hulur duit pada diorang walaupun kena paksa, siap kena block bila nak jalan terus. 

Itu haa di Bangi Gateway, berapa ramai orang asing pergi buka kedai di sana. Habis buang harga gila-gila tahap sawan. 

Bukan polis ke, imigresen ke tak buat kerja tetapi rakyat Malaysia yang tka nak bagi kerjasama. Kami peniaga di Bangi Sentral dah letih buat aduan kepada semua pihak berkaitan.

Yes, ada tindakan dari pihak berkuasa tetapi warga asing ini sangat bijak. Jual muka sedih dan ayat kasihan memang cairlah. 

Rasanya dah banyak isu-isu melibatkan pendatang asing ini diviralkan. Andai kata ia boleh dipercaya dan perlu berjaga-jaga, kita ambil maklum. Kalau rasa ia isu karut dan tak boleh dipercayai, abaikan. Korang dah besar dan boleh fikir yang mana baik atau sebaliknya. 

Saya ini peniaga di Bangi Sentral, rasanya ramai yang tahu Bangi Sentral lubuk shopping di butik-butik usahawan bumiputera. Ya, kami di sini sepakat membanteras isu-isu ini. Apa yang kami lakukan adalah untuk mengekalkan keselesaan rakyat Malaysia bershopping tanpa gangguan isu-isu seperti ini. 

Jadi terpulang kepada korang nak percaya atau tidak. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.