Tergamak seorang bapa menculik anak perempuannya yang baru dilahirkan dari hospital dan membuangnya di kawasan bukit kerana dia mahukan anak lelaki.
Kejadian itu berlaku di Magui, Guangdong, China, pada pagi 26 Oktober lalu.
Menurut hospital berkenaan, bayi itu dilaporkan hilang beberapa jam selepas dia dilahirkan. Polis segera menjalankan siasatan dan mendapati bapa bayi itu, Li Mou, berada dalam keadaan mencurigakan.
Selepas disoal siasat, Li mengaku telah menculik anaknya menggunakan bag pada jam satu pagi sebelum membawa mangsa keluar dari hospital. Li juga membuang beg itu di kawasan bukit
Dalam gerakan mencari yang diketuai polis, Li membawa mereka ke tempat kejadian pada jam 11 pgai, tetapi polis tidak dapat menemui beg dan bayi berkenaan.
Beberapa orang awam juga menyertai usaha mencari bayi itu selepas berita mengenainya tersebar meluas.
Sekitar jam 1 tengah hari, pasukan mencari dan menyelamat itu terdengar suara tangisan bayi berdekatan dan menemuinya dalam sebuah beg kulit (ular) dalam keadaan masih dibalut dengan selimut.
Dalam keterangannya, Li mengaku dia berbuat demikian kerana dia hanya mahukan anak lelaki berbanding anak perempuan, memandangkan dia sudah ada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Dia berusaha melupuskan mangsa agar dia boleh mencuba lagi untuk mendapatkan anak lelaki.
Mangsa selamat dihantar semula kepada ibunya selepas menjalani pemeriksaan di hospital. Sementara itu Li ditahan polis untuk tindakan undang-undang.
Sumber: Asia One