Loading...
TR

'Anjing tu haram, nanti restoran saya pula terlibat dosa' - Pemilik enggan sedekah sisa makanan untuk 36 ekor anjing


"Manusia macam ni lebih hina daripada pelacur yang bagi anjing minum, sampai akhir hidupnya masuk syurga.

"Itu pelacur yang bagi minum air dekat anjing! Anjing tu pun makhluk tuhan, bukan suruh kau pegang pun, just bagi makan," demikian tulis Tengku Shukran di Twitternya hari ini yang kesal dengan sikap seorang pemilik premis makanan. 



Berdasarkan dua gambar perbualan WhatsApp yang dimuat naik Tengku, aktivis haiwan Malaysia cuba meminta sisa makanan dan tulang ayam dari pemilik sebuah restoran. 

"Salam tuan. Saya dari Animal Malaysia, kami ada menyelamatkan anjing dan dalam simpanan kami ada 36 ekor anjing. 

"Saya nak tanya tuan tentang sisa makanan dan tulang ayam. Banyak ke setipa hari di restoran tuan?

"Kalau banyak, saya ingat nak minta jasa baik pihak restoran tuan kumpul dan pihak kami datang ambil setiap malam jam 7 macam tu.

Bagaimanapun, respon dari pemilik restoran ternyata amat mengecewakan. 

"Banyak itu memang banyak. Cuma kita ini orang Islam, Melayu pula tu. Saya tak nak bersekongkol dan bersubahat dalam benda haram," balasnya. 

Aktivis berkenaan cuba menjelaskan bahawa dia hanya meminta sisa makanan untuk diberikan kepada 36 ekor anjing yang diselamatkan oleh pihaknya. Malangnya, pemilik restoran itu masih menegaskan dia tak mahu terlibat dalam melakukan perkara 'haram'. 

"Anjing itu haram, saya tak nak terlibat. Nanti restoran saya pula terlibat dosa. Benda haram ini, jangan dok buatlah, saya nasihat saja. Salam," balasnya. 



Di media sosial, netizen meluahkan rasa kecewa mereka dengan sikap pemilik restoran yang punyai mentaliti cetek dalam ilmu agama. 

"Bagi makan pada haiwan dengan niat bersedekah itu pahala. Dapat pahala Allah pun murahkan rezeki, maka perniagaan pun berkembang maju. Maka jadilah dia insan berjaya di dunia dan akhirat," - @HanMooGang. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.