Loading...
TR

Wang simpanan RM4,155 hancur di'shredder anak


Pasangan suami isteri dari Hollaway, Utah, tidak menyangka anak lelaki mereka berusia dua tahun, Leo, akan menghancurkan wang simpanan US$1,000 (RM4,155.00) yang disimpan mereka di dalam sampul. 

"Saya dan isteri menyimpan wang tunai itu untuk membeli tiket perlawanan bola. Kami keluarkan wang simpanan itu semalam dan selepas itu kami tidak menemui sampul tersebut sehinggalah isteri saya semak peti mesin shredder. 

"Ya, anak lelaki kami berusia dua tahun telah masukkan wang simpanan kami dalam mesin tersebut," kata Ben.



Menurut Ben, dia akan menghantar cebisan wang itu kepada pejabat kerajaan di Washington untuk tindakan selanjutnya dan pihak pejabat tersebut mengambil masa antara setahun dua untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.