Loading...
TR

(Video) 'Saya mengaku kecuaian saya tetapi...' - Kanak-kanak dilanggar dan diseret kereta


Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun parah dilanggar dan diseret kereta di sebuah stesen minyak di Pandamar Indah, Khamis lalu, lapor Harian Metro.

Ibu mangsa, Nur, 38 berkata, sebelum kejadian itu dia mahu pergi ke pasar malam untuk membeli barang. Tetapi singgah sebentar di stesen itu untuk mengisi minyak kenderaan. 

Sampai saja di stesen itu, anaknya, Imana, memintau ntuk membeli aiskrim dan Nur menyuruh Imana menunggu di hadapan pintu masuk kedai stesen minyak tersebut sementara dia mengisi minyak. 

"Namun, belum sempat saya hendak mengisi minyak, tiba-tiba ada sebuah kereta meluru lalu melanggar anak saya dalam sekelip mata saja. 

"Masa itu, bagai nak gugur jantung dan hampir pengsan melihat keadaan anak saya," katanya. 

Menurut Nur, ketika dia mengangkat anaknya, dia sudah tahu kaki anaknya patah. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan. 

Akibat dari kemalangan itu, mangsa mengalami patah tulang paha kiri, retak bahu kanan dan menerima lima jahitan di kening dan dahi. 

Nur mengakui kecuaiannya itu dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang tuduhan kerana dia juga tidak menjangkakan perkara sebegitu boleh berlaku. 

"Saya mengaku kecuaian saya meletakkan anak di situ walaupun sebentar. Ibu mana yang tak sayang anak apabila melihat anaknya dilanggar sebegitu. Tambahan pula ia berlaku di hadapan mata saya. 

"Nasib baik kemalangan tidak membabitkan nyawa. Kalau terjadi perkara sedemikian, saya tidak tahu apa akan terjadi. Namun saya kesal kerana pemandu terbabit memandu dengan laju dan tidak menghentikan kereta sebaik melanggar anak saya. 

"Ketika ini, anak saya sedang tidur namun kerap mengadu sakit. Kadang-kadang dia bertanya mana pergi kakinya berikutan ia masih dibalut simen. 

"Anak saya sangat lincah dan suka berlari ke sana sini serta petah bercakap. Apabila melihat keadaannya begini, kami sebak," katanya. 


Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak berkenaan, mangsa pada awalnya dilihat sedang menunggu di hadapan premis tersebut sebelum berjalan ke arah pam minyak sebelum dirempuh dan diseret sebuah kereta yang dipandu oleh wanita. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.