Loading...
TR

(Video) Minah kantoi cuba curi emblem Honda


Viral di media sosial perbuatan seorang wanita cuba mencuri emblem Honda dari sebuah kereta yang diletakkan di tempat letak kereta pusat beli belah. 

Dalam kejadian jam 11.01 pagi Sabtu lalu di Sunway Putera Mall, suspek yang memandu kereta Honda City berwarna putih itu cuba mencuri Emblem Gold Honda Original Japan dari sebuah kereta yang diparkir di hadapan kenderaannya. 

Berdasarkan video yang dirakam dari kamera belakang kereta mangsa menunjukkan suspek memerhatikan keadaan sekeliling sebelum cuba mencabut emblem tersebut. 



Bagaimanapun, percubaannya gagal dan emblem Honda itu patah. Suspek terus membatalkan hasratnya dan masuk ke dalam kereta sebelum meninggalkan lokasi kejadian itu. 

Menurut sumber yang memuat naik video tersebut, suspek telah dikenal pasti dan mangsa akan menghubungi suspek untuk berbincang mengenai kejadian itu. 


"Hati-hati kepada yang pakai emblem gold. Yang local pun kena curi, inikan pula yang original? Sila berhati-hati guys, park kereta di kawasan yang ramai orang. Elakkan park kereta di kawasan yang sunyi dan tak ramai orang," kata sumber. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.