Loading...
TR

(Video) Kau double park, kau terima akibatnya


Tingkap sebuah kereta terpaksa dipecahkan oleh seorang lelaki selepas pemiliknya meninggalkan kenderaannya yang menghalang laluan keluar. 

Dalam kejadian malam 1 Oktober berhampiran Lintas Square, Sabah, turut dirakam orang awam yang videonya kemudian viral di media sosial. 

Berdasarkan video tersebut, Toyota Harrier berwarna kelabu terbabit diparkirkan di depan kereta Toyota Landcruiser milik seorang lelaki umur pertengahan memecahkan tingkap kereta Harrier itu. 

Selepas tingkap itu dipecahkan, beberapa individu yang berada di tempat kejadian membantu menurunkan brek tangan. Bagaimanapun, penggera keselamatan kenderaan itu berbunyi ketika mereka cuba membuka pintu itu. Namun pemilik kenderaan terbabit masih juga tidak kelihatan. 

Kemudian, mereka menolak kenderaan itu beberapa meter ke depan dan pemandu Landcruiser itu terus keluar dari tempat letak kereta itu. 


Sementara itu di media sosial, netizen bersetuju dengan tindakan lelaki terbabit dan menganggap ia sebagai pengajaran kepada mereka yang gemar memarkirkan kenderaan sehingga menyusahkan pengguna yang lain. 

"Dah kira baik dia hanya pecahkan tingkap bahagian pemandu, bukannya pada bahagian-bahagian lain kenderaan itu. Kalau orang lain, dah lama cermin depan itu kena pecah," kata netizen. 

"Pecahkan tingkap masih okey lagi berbanding dilanggarnya kereta itu. Paling koman, pemilik Harrier hanya perlu menggantikan tingkap baru saja," kata netizen. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji mengambil maklum mengenai video viral itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kejadian itu berlaku di daerah itu. 

"Sekiranya benar kejadian itu berlaku, polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana atau mungkin Seksyen 506 akta sama (menakutkan secara jenayah).

"Bagaimanapun, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana-mana pihak," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.