Loading...
TR

(Video) 'Aku besarkan dia dengan penuh kasih sayang untuk kau dera ke hanat?!' - Bapa belasah menantu dera anaknya


Viral di media sosial video seorang lelaki memukul pemuda di tepi jalan sehingga menyebabkan mulutnya dan hidungnya berdarah.

Menurut World of Buzz, lelaki yang memakai baju putih itu adalah bapa mertuanya dan punca lelaki itu dipukul adalah kerana dia telah mendera anak perempuannya, yang juga merupakan isteri kepada lelaki itu sendiri. 

Dalam video itu, si bapa berkata, "Saya besarkan anak perempuan saya sejak dia kecil sampai dewasa hanya untuk didera oleh kamu? Saya dah beri amaran kepada kamu beberapa kali, saya izinkan awak mengahwini anak saya tetapi awak layan dia begini?!" 

Ketika kejadian, si bapa ditemani beberapa rakannya dan dia mengarahkan salah seorang daripada rakannya membawa rotan kerana dia mahu mengajar menantunya itu. 

Si bapa kemudian merotan dan menendang menantunya yang tidak melawan, hanya sekadar menahan pukulan itu dengan kedua belah tangannya. 

Bukan sahaja didera, malah si bapa kecewa menantunya itu mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isteri dan keluarganya. 

"Buat apa kamu minta maaf pada saya? Bila kamu pukul anak saya, ada kamu cakap minta maaf? Kamu ingat saya akan biarkan hal ini macam ini je? Kamu tahu tak apa kesilapan kamu? Nampak macam kamu langsung tak takut pada saya eh? Kalau kamu pandai sangat pukul orang, bangun dan pukul saya sekarang. Bangun! Pukul saya sekarang!" 

Tidak berapa lama kemudian, rotan telah diserahkan ke tangan si bapa yang terus merotan lelak itu. 


"Kalau ibu bapa kamu tak reti mengajar kamu, biar saya yang ajar kamu. Kamu tahu tak yang ibu bapa kamu datang merayu pada saya?" katanya sebelum meninggalkan menantunya itu di tepi jalan. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Kuching, Sarawak, namun tidak diketahui tarikh kejadiannya. 

Sementara itu, netizen menyokong penuh tindakan si bapa yang mahu mengajar menantunya itu. Malah kata netizen, itu sahaja cara yang afdal untuk mengajar menantu 'hantu' seperti itu. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.