Loading...
TR

Ibu terjaga dari koma selepas bayinya diletakkan di dada


Seorang ibu mengejutkan doktor apabila dia dilaporkan terjaga dari komanya selama 23 hari selepas jururawat meletak bayi lelakinya di dada buat pertama kali, lapor Daily Mail.

Amanda da Silva, 28, yang mengalami sawan ketika kandungannya berusia 37 minggu, yang didakwa dialaminya selepas bertengkar dengan suami. 

Bimbang masalah itu boleh meragut nyawa ibu kepada tiga orang anak dan bayinya, doktor memberikan sedatif kepadanya dan mengeluarkan bayinya, Victor, menerusi pembedahan pada Februari lalu. 

Komplikasi yang berlaku selepas prosedur itu menyebabkan Amanda diletakkan dalam keadaan koma untuk menstabilkannya, manakala Victor yang dilahirkan seberat 2.1 kilogram ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). 

Selepas beberapa minggu tiada sebarang perubahan pada Amanda, jururawat, Fabiola Sa, mencadangkan agar Victor diletakkan di dada Amanda, yang sekaligus menyebabkan jantungnya berdegup laju dan air mata mengalir di pipi. 

Sejak dari itu, Amanda yang berasal dari Fortaleza, Brazil, beransur pulih sehingga 20 hari kemudian si ibu dan anak dibenarkan pulan gke rumah. 



"Kami tiada jawapan saintifik mengenai apa yang berlaku tetapi inilah bukti bahawa jangan kita memandang rendah sentuhan di antara ibu dan anak," kata Fabiola. 

Sementara itu, Amanda berkata, "Perkara pertama yang saya ingat ialah Victor berada di tangan saya, melihat kepalanya yang kecil dan baunya yang harum. 


"Itu situasi yang menakjubkan tetapi dalam masa yang sama saya keliru. Saya bertanya kepada bapa, adakah itu anak saya? Saya letak tangan di perut dan menyedari saya tidak lagi mengandung," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.