Loading...
TR

Berang upah lewat dibayar, pengasuh dera bayi sehingga mengalami sawan


Seorang pengasuh tergamak mendera bayi berusia 14 bulan sehingga tidak sedarkan diri hanya kerana upahnya lewat dibayar, lapor Astro Awani

Mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 25 Oktober lalu dan kini dalam keadaan kritikal kerana dipercayai tidak dberi makan dan minum hampir tiga minggu yang juga menyebabkan bayi perempuan itu diserang penyakit sawan dan jangkitan kuman pada paru-parunya. 

Pemeriksaan turut mendapati, terdapat kesan lebam di bahagian kepala mangsa. 

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima laporan dan telah menahan seorang wanita berusia 23 tahun pada Sabtu lalu di Batu Kawa, untuk disoal siasat. 

Siasatan awal mendapati, suspek mengaku memukul mangsa menggunakan botol susu di kepala sebanyak dua kali dan tangan agar mangsa berhenti menangis.

Suspek menjelaskan dia bertindak sedemikian kerana marah kepada ibu mangsa yang lewat membayar upahnya. 

Difahamkan, mangsa dijaga oleh suspek selama tiga minggu dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam. Kali terakhir pengadu bertemu dengan anaknya pada 23 Oktober lalu atas tuntutan bekerja. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.