Pemeriksaan doktor mendapati, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan ketiga-tiga mangsa yang berusia setahun, tiga dan lima tahun.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan dari ibu mangsa yang mendakwa tiga anak perempuannya dicabul dan dirogol oleh suaminya di rumah.
“Pengadu (32) yang bekerja sebagai pegawai pemasaran mendakwa tiga anak perempuannya yang berusia setahun, tiga dan lima tahun dicabul dan dirogol suaminya sendiri, lelaki berusia 32 tahun di rumah mereka di Semenyih, Kajang.
“Hasil siasatan awal oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kajang mendapati, pada 26 Oktober lalu, wanita berkenaan dimaklumkan ibunya bahawa anak perempuannya yang berusia tiga tahun mengadu dicabul suspek," katanya.
Mangsa berusia lima tahun (mangsa kedua) juga pernah memaklumkan dia dipernah diperlakukan seperti itu, selain pernah melihat suspek melakukan perbuatan yang sama terhadap adik bongsu mereka yang berumur setahun (mangsa ketiga).
Mangsa berusia lima tahun (mangsa kedua) juga pernah memaklumkan dia dipernah diperlakukan seperti itu, selain pernah melihat suspek melakukan perbuatan yang sama terhadap adik bongsu mereka yang berumur setahun (mangsa ketiga).
Siasatan polis mendapati, mangsa pertama pernah memberitahu neneknya bahawa kemaluannya sakit akibat 'dicucuk' suspek pada 2017, malangnya tiada sesiapa pun yang mempercayai kata-kata mangsa pada ketika itu.
Ibunya juga ada membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk membuat pemeriksaan, tetapi doktor tidak menemui sebarang kesan yang mencurigakan.
Pada 24 Oktober lalu, ketiga-tiga mangsa dirujuk ke Hospital Kajang sebelum dimasukkan ke wad dan hasil pemeriksaan doktor pakar obstetrik dan ginekologi mendapati, ada kesan koyakan lama pada kemaluan mereka.
Susulan pengesahan laporan dari pihak hospital, polis telah menangkap suspek pada jam 11.45 pagi 25 Oktober lalu di tempat kerjanya di Sungai Long dan dibawa ke Mahkamah Kajang pada 26 Oktober lalu untuk mendapatkan permohonan reman daripada Majistret.