Loading...
TR

2 remaja ditemui mati dalam kereta tanpa sebarang kecederaan luaran


Penduduk Kampung Jaya Baru, Kinabatangan, Sabah, dikejutkan dengan penemuan dua remaja lelaki yang mati di dalam sebuah kereta Perodu Myvi, semalam, lapor Astro Awani. 

Mayat Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad yang keduanya berusia 19 tahun ditemui mati di kerusi hadapan kereta yang diparkirkan di tepi jalan raya kampung tersebut pada jam 11.46 pagi. 

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, ketika keduanya ditemui, enjin kenderaan masih dihidupkan dan berada dalam keadaan berbaring tanpa sedarkan diri. 

"Setelah diketuk cermin dan pintu kenderaan, kedua-dua lelak itersebut langsung tidak bergerak," katanya. 


Pihaknya cuba membuka pintu kenderaan itu, tetapi gagal berbuat demikian dan terpaksa menghubungi pihak Bomba Kinabatangan untuk membantu. 

"Pintu kenderaan berjaya dibuka dan pemeriksaan awal tiada kecederaan luaran pada kedua-dua mereka.

"Mangsa telah disahkan mati di dalam kenderaan oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan yang membuat pemeriksaan keatas kedua-dua mangsa yang masih berada di dalam kenderaan," katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat yang akan dilakukan pada 9 pagi esok.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak tidur di dalam kereta dengan penyaman udara dihidupkan dna cermin kereta ditutup kerana ia sangat berisiko tinggi membawa maut. 

Karbon Monoksida (CO) yang dihasilkan daripada pembakaran tidak lengkap bahan api seperti petroleum, dalam keadaan kekurangan oksigen. Karbon monoksida juga dikenali sebagai 'gas bunuh diri' dan pembunuh senyap. 

Dengan kawasan terhad seperti ruang pengudaraan dalam kereta berpotensi untuk mengumpul CO ke tahap maut. 

Apabila terhidu, CO akan meresap ke dalam saluran darah dan bergabung dengan haemoglobin, molekul yang berperasan membaca oksigen (O2) ke seluruh badan. 

Semakin banyak CO bergabung pada haemoglobin, maka kandungan O2 dalam tisu badan berkurang lalu mangsa akan mati sesak nafas. 

Sumber: Astro Awani, Root of Science

About Cite Malaya

Powered by Blogger.