Loading...
TR

Udang Galah Viral adalah selamat untuk dimakan - KKM


Ogos lalu, viral di media sosial amaran dan pengguna Facebook yang mendakwa udang galah yang di bawa masuk ke negara ini dari Thailand tidak selamat dimakan dan memudaratkan kesihatan, mencetuskan kebimbangan orang ramai. 

Menurut laporan media tempatan, udang galah yang turut viral di media sosial itu boleh menyebabkan individu yang memakannya mengalami kegatalan, badan bengkak, hidung bengkak, mata berair, cirit birit dan muntah. 

Bagaimanapun, hasil analisis dan pemantauan terhadap udang galah berkenaan yang dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di pasaran tempat mendapati kesemuanya mematuhi Akta Makanan 1983 serta Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan ianya selamat untuk dimakan. 


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk berkenaan dan produk makanan lain di pasaran termasuk di pintu masuk negara bagi memastikan ia mematuhi perundangan makanan. 

"Seksyen 13, Akta Makanan 1983 menetapkan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan satu kesalahan.

"Apabila disabitkan, merek boleh denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan, semalam.

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.