Loading...
TR

'Sekarang dia di ICU' - Muka bengkak, terbakar dan sesak nafas selepas 2 minggu guna 'produk sampah'


Lambakan produk kosmetik di pasaran dan dijual secara online semakin membimbangkan. Ini kerana wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab menjual produk-produk tanpa kelulusan dari pihak berkuasa kepada pengguna tanpa mengira kesan dan akibatnya di kemudian hari, kerana mereka mahu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda menggunakan jalan pintas. 

Akibatnya, ramai yang menjadi mangsa dan sementara itu pengasas produk sampah itu pula bersenang lenang mengaut keuntungan dari penderitaan pelanggannya. 

Sudah banyak kali didedahkan mengenai keburukan produk-produk yang tidak diiktiraf ini, namun masih ada yang berdegil dan mudah terpengaruh dengan penjual yang tidak bertanggungjawab ini. Terbaru, seorang wanita mengalami kesesakan nafas dan kulit mukanya meradang akibat produk sampah berkenaan yang didakwa sedang popular di media sosial.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan telah menggunakan produk tersebut selama dua minggu. Pada awalnya kulit mukanya mengalami pengelupasan dan rakannya menasihatkan berhenti menggunakan produk tersebut. 

Malangnya, mangsa enggan akur dan terus menggunakan produk yang mengandung bahan berbahaya itu sehingga menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan dan kini dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

AKU dah pernah londeh produk ini sebelum ini. Banyak kali dah, tetapi biasa perangai golongan ini. Selagi tak kena batang hidungnya sendiri, selagi itu dia kata kita dengki dan asyik nak menutup periuk megi bangsanya.

Produk sampah seperti ini teringin nak buat ala-ala international punya peeling produk seperti Hada Labo, The Ordinary dan sebagainya. Kau ingat Hada Labo dengan The Ordinary punya RnD dalam sehari dua saja ke setan?

Kau punya produk berapa peratus asid pun tak dinyatakan, ingredients berterabur, packaging cap ayam, ada hati nak acah-acah international. 

Sudahnya jadi seperti ini, muka bengkak, alergik teruk sampai terlepas ke dalam ICU sana. Probaly bahan kimia dalam produk menyebabkan kesan alergik yang kuat sangat sampai jadi contact dermatitis with secondary generalisation. 







Kau pergilah Google, cerita panjang-panjang pun tak guna kalau nasi dah jadi bubur. Ini mungkin alergik teruk sampai saluran pernafasan bengkak, sebab itulah sesak nafas. Itu dah masuk ICU tu, siapa nak bertanggungjawab? Founder? Memang tak lah. Dia kirim air liur pun belum tentu. 

Produk di drugstore yang selamat ada, produk local yang selamat pun dah banyak aku beritahu. Tapi degil juga nak pakai produk sampah. Bawa-bawalah insaf, dah 61 tahun merdeka, otak masih tersekat di zaman hang tuah nak hidup Melayu support Melayu kejadah apa lagi? 

Kalau betul nak tolong Melayu, jangan buat produk sampah dan jangan support produk sampah. As simple as that. 

Sumber: Khairul Yoi

About Cite Malaya

Powered by Blogger.