Loading...
TR

'Lepas ayah setuju tukar nama tanah kat kami adik beradik, baru nak tinggalkan ayah di rumah orang tua'


Ayah dan ibu, itulah permulaan anak-anak kepada titik tolak kejayaan pada hari ini. Kejayaan kita pada hari ini bukan hanya kerana usaha kita semata-mata, tetapi doa dan restu yang telah diberikan oleh mereka. Tanpa kita sedari, segala kudrat dan usaha telah mereka korbankan untuk membesarkan anak-anak tanpa mengira penat dan lelah.

Benar kata orang, seorang ibu atau ayah boleh menjaga anaknya yang ramai, tetapi bilangan anak yang ramai belum tentu dapat menjaga ibu dan ayahnya.

Satu perkongsian sedih mengenai kisah panggilan dari seorang anak yang boleh disifatkan sebagai anak derhaka meruntun hati netizen. Wanita tersebut mahu meninggalkan bapanya di rumah penjagaan orang tua kerana tidak mampu menjaga bapanya. Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut akan menghantar bapanya ke pusat penjagaan tersebut setelah bapanya selesai menukar nama tanah!

SORRY BUT I MUST SHARE THIS

Kebabian hari Isnin. Sorry again tak sopan.

I don't normally pick up calls from unknown number. But I got 4 missed calls this morning at 6.30 am my time. 7.30 am Malaysian time. I called the number when I'm on my way to work. Kot-kot lah ada emergency apa dia ka.

Me: "Hello Assalamualaikum. Saya ***, ada sesiapa call nombor saya tadi?"

Her: "Nombor cik ** ka ni?"

Me: "Ya betul saya. Ni siapa ya?"

Her: "Sorry sorry tadi call lupa tengok time tu yang tak call dah. (4 kali kot dia call huhuhu)"

Me: "Takpa, ni siapa dan ada apa saya boleh bantu ka?"

Her: "Kak *** tanya sikit ja macam mana proses nak masuk kan dalam rumah orang tua?"

Me: "Owh yang tu akak kena pergi terus ke rumah orang tua yang akak nak berurusan tu dan minta jumpa dengan pegawai di sana. Biasanya waktu kerja 8.30 am-4.30 pm. Semua rumah orang tua tak sama prosedurnya."

Her: "Akak nak hantar yang gomen punya tu. So kalau akak nak masuk kan orang tua bawa terus pergi sana dan tinggal ke?"

Me: "Tak boleh. Kena mohon dulu. Saya cadangkan akak pergi sana terus, minta jumpa pegawai dan dapatkan maklumat lengkap supaya mudahkan urusan. Saya pun tak pasti proses yang betul sebab saya tak kerja di rumah orang tua."

Her: "Macam ni akak nak masuk kan ayah akak. Dah tua 77 tahun. Akak ingat tanya cik ** dulu senang nanti kalau tau boleh hantar terus kat situ. Tapi akak tanya dulu bukan nak hantar lagi, tengah tunggu ayah akak setuju tukar nama tanah kat kami adik beradik dulu baru nak tinggal dia kat sana."

Me: "Owh akak berapa beradik semua?"

Her: "8 orang je (JE??)"

Me: "Hampir semua rumah orang tua yang saya berurusan penghuni dah penuh sangat tau akak. Rasanya susah juga mereka nak terima penghuni baru yang masih ada keluarga dan anak-anak. Boleh tak kalau saya cadang akak dan adik beradik yang jaga ayah akak dulu?"

Her: "Susah cik ** ayah akak tu dah tua. Memang boleh buat semua sendiri tapi susah la. Kami semua masing-masing kerja dan dah kahwin.

"Macam akak nak kena jaga suami dan anak-anak. Mana ada masa nak tengok ayah. Yang lain pun sama. Teruk jugak kalau tiap bulan nak balik kampung jenguk. Kalau tinggal kat rumah orang tua senang. Sana ada orang jaga bagi makan kan? Free ke cik **?"

Me: "Maaf akak, nanti akak boleh terus ke sana ya untuk dapatkan maklumat. Bye, Assalamualaikum."

Sorry, saya alergik dengan bab-bab ini. Anak 8 orang. Sebulan sekali balik kampung kalau gilir seorang cuma perlu balik 8 bulan sekali. Kenapa kena guna perkataan 'TINGGAL' kat rumah orang tua? THAT IS YOUR FATHER. Aku type post ni pun aku tereyak. And paling sedih bila dia cakap ayat ni, 

“Lepas tukar nama tanah kat kami adik beradik.”

SAMPAI HATI!!!

Wahai semua kawan-kawan, bersiap sedia untuk hari tua kamu ya. Kita pun tak tahu bagaimana nasib kita nanti. Sekarang memang gagah perkasa, bekerja, berduit, berharta, segak cantik hensem. Boleh kencing berak sendiri. Esok esok?

The kind of CRAZINESS I have to go through on daily basis. Ya Allah permudahkan lah urusan kami semua.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.