Seorang wanita muda yang cantik ditembak mati oleh teman lelakinya selepas mengetahui mangsa seorang pengikis dan mempunyai hubungan sulit dengan beberapa lelaki lain dalam kejadian yang berlaku pada 3 September lalu di Thailand.
Lapor The Sun, mangsa, Naphatorn Kanokasemophon, 23, hidup mewah di Pattaya menggunakan hasil wang yang diperolehinya dari beberapa teman lelakinya dengan hanya menggunakan kecantikan dirinya sehingga salah seorang teman lelakinya dari Belanda sanggup memberinya lebih kurang RM3,380 setiap bulan.
Tidak diketahui berapa jumlah sebenar yang diterimanya hasil dari aktiviti mengikis teman-teman lelakinya itu, tetapi apa yang pasti jumlah wang yang diterimanya itu cukup menampung perbelanjaannya seperti menjalani proses pembesaran payudara, pembedahan kosmetik, membeli pakaian berjenama dan membeli sebuah kereta Honda City model terbaru di mana dia dibunuh dalam kereta itu.
Perbuatannya itu terbongkar selepas salah seorang teman lelakinya, Wallop Huayhongthong, mula curiga dengannya.
Difahamkan pasangan berkenaan telah menjalinkan hubungan sejak setahun lalu dan Naphartorn kerap menolak lamaran Wallop untuk berkahwin.
Wallop mula menyiasat mengenai teman wanitanya itu dan menjadi sangat cemburu apabila dia menyedari pendapatan bulanannya tidak dapat menandingi jumlah wang yang diterima Naphathorn setiap bulan. Malah dia tidak gemar dengan idea untuk berkongsi wanita kesayangannya dengan beberapa lelaki lain.
Selepas itu, Wallop membeli sepucuk pistol dari pasaran gelap dan mengajak Naphatorn keluar. Berdasarkan mesej pada telefon Naphatorn, lelak iitu bersetuju untuk berhenti menghubunginya jika dia muncul pada jam 3 pagi, Isnin.
Malangnya, perbualan pasangan itu tidak berkesudahan dengan baik dan berkahir dengan pertengkaran. Wallop kemudian menjejak dan melepaskan enam das tembakan di kepala Naphatorn ketika mangsa memberhentikan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat.
"Mangsa bekerja di Pattaya dan menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki. Mangsa pernah berkahwin namun telah bercerai dan mempunyai dua orang anak.
"Suspek telah dikenal pasti dan dia merupakan teman lelaki mangsa yang dikenali sejak setahun lalu," kata Kolonel Polis Phaitoon Phitaktham.
Tidak beberapa lama selepas kejadian itu, suspek tampil menyerahkan diri dan menjelaskan niat dia hanya melepaskan amaran pada cermin depan kereta. Malah dia berkata, dia tidak menyedari mangsa berada di dalam kereta itu.
Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan polis Thailand juga menyalakan api rokok untuk suspek kerana berasa kasihan dengan nasib yang menimpa suspek.
Sumber: World of Buzz, The Sun