Loading...
TR

Budak 11 tahun dikurung dan dinoda 8 lelaki selama 5 hari


Kehilangannya menimbulkan persoalan ahli keluarganya, apatah lagi mangsa baru sahaja berusia 11 tahun. Namun, persoalan itu terjawab apabila mangsa ditemui dalam keadaan trauma apabila telah dirogol oleh lelaki yang dikenalinya. Mangsa juga telah dikurung selama lima hari.

Lebih malang, ini bukanlah kali pertama perkara seumpama itu berlaku kerana siasatan polis mendapati kejadian sama kerap menimpa mangsa sejak dua tahun lalu. Difahamkan, mangsa pernah dirogol lebih dua lelaki sebelum ini. Kali ini, mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh lapan lelaki.

Kejadian  yang berlaku di Blitar, Indonesia itu terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan polis selepas mangsa tidak pulang ke rumah selama lima hari.

"Dari laporan itu kami melakukan siasatan dan berhasil menemukan mangsa di rumah salah seorang pelaku di wilayah Udanawu.

"Setelah berjaya ditemui, baru mangsa bercerita telah diperkosa oleh lapan  pemuda," kata jurucakap polis Samsul Anwar.

"Mangsa diperdaya oleh rakannya. Dia diberi minuman keras sebelum diperkosa," katanya.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan meminta pertolongan untuk berjumpa dengan salah seorang rakan kerana telefon bimbitnya telah dirampas oleh ibu bapa mangsa. Pelaku bersetuju tetapi dengan syarat mangsa perlu mengadakan hubungan seks dengannya.

Setelah melempiaskan nafsunya, pelaku mengajak rakan-rakannya yang lain untuk merogol mangsa. Di bawah pengaruh alkohol, mereka bergilir-gilir merogol mangsa yang masih di bawah umur.

Kesemua tertuduh didakwa merogol remaja bawah umur dan jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun penjara. 

Sumber: Sinar Harian, DetikNews

About Cite Malaya

Powered by Blogger.