Loading...
TR

'Betis pun nak jadi isu, bukan nak jadi bini depa pun' - Janna Nick


Susulan betis kakinya dikritik netizen, Janna Nick meluahkan rasa kesalnya dengan sikap segelintir netizen yang gemar memperbesarkan perkara yang tidak sepatutnya menjadi isu. 

Terdahulu, netizen mengutuk bahagian betis kaki pelakon itu yang dikatakan kelihatan agak besar ketika Janna sedang mengacara program hiburan Ahad lalu. 

Janna Nick atau nama sebenar Nurul Jannah Muner bagaimanapun berkata, dia sudah lali dengan kritikan yang tidak membina seperti itu. Malah, dia tidak mahu melayan kata-kata yang tidak membawa faedah kepada dirinya dan hanya membiarkan saja apa yang dikata oleh netizen. 

"Betis pun nak jadi isu, bukan nak jadi bini depa pun. Betis besar inilah yang dok bagi kami makan tau. 


"Betis pun korang kutuk, tak faham! Tak suka saya menyanyi, berlakon atau mengacara saya boleh perbaiki diri tapi kalau betis besar nak pergi mana? Buat pembedahan plastik?

"Tak boleh berlakon, orang tak suka kita terima. Tak boleh mengacara, orang benci tidak mengapa, kita terima juga. Tak boleh menyanyi, orang kutuk, kita terima.

"Cakaplah apa pun, mek dah tak ada hati nak layan. Lepas jadi Leftenan Zana ini lagilah tak ada perasaan. 

"Nah, flying kiss untuk semua kaki kritik. I'm 23 years old, 1/6/1995. I am so ready with whatever caci maki kutukan hinaan. I'm on my way there, to be better than you!" katanya. 

Sumber: mStar Online

About Cite Malaya

Powered by Blogger.