Mangsa yang berusia tiga tahun itu diikat menggunakan pengikat kabel (cabble tie) di lengan kedua-dua belah tangannya dan tidak memakai baju. Kesan calar juga jelas kelihatan jelas di badannya. Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum diserahkan kembali kepada ibunya.
Menurut ibu berkenaan, dia mengambil keputusan untuk datang melawat dan melihat keadaan anak lelakinya itu yang tinggal bersama dengan bapanya selepas anak perempuannya mengadu kerap bermimpi adik bongsunya selalu menangis.
Selain itu, ibu mangsa juga bimbang dengan keadaan anaknya di dalam jagaan bekas suaminya, kerana kali terakhir dia merawat anaknya, terdapat kesan calar pada badan mangsa.
Lapor Taiwan News, pihak berkuasa sudah mula melakukan siasatan pada kes itu yang diklasifikasikan sebagai kes penderaan kanak-kanak.
Dalam siasatan awal mendapati, suspek mengaku telah memukul atas alasan mahu mendisiplinkan kanak-kanak itu. Suspek berbuat demikian dengan memukul punggung dan pahanya menggunakan tangan dan selipar.
Difahamkan, pasangan itu bercerai kerana si suami mempunyai isteri kedua dan dikurniakan tiga orang cahaya mata yang berusia 3, 4 dan 9 tahun.