Kes jenayah semakin lama semakin membimbangkan orang ramai. Penjenayah sanggup melakukan apa sahaja sehingga dapat apa yang diinginkan. Baik perempuan atau lelaki, kedua-duanya perlu berhati-hati setiap masa dan peka dengan keadaan di sekeliling.
Seorang wanita berkongsikan kisah adiknya yang telah diugut oleh seorang lelaki semasa turun dari keretapi di KTM Seremban. Adiknya yang berjalan seorang diri pada mulanya ditanyakan lelaki tersebut mengenai dirinya. Dan selepas itu, lelaki itu terus mempelawanya untuk mengikutnya menjual dadah. Mujur adiknya menolak dengan cara yang baik dan pura-pura menjawab panggilan telefon.
Justeru itu, wanita ini menyeru kepada orang ramai agar lebih berhati-hati ketika berada di lokasi tersebut dan sentiasa berteman ketika keluar kemana-mana terutamanya pelajar sekolah.
SIAPA yang selalu naik KTM Seremban, kalau boleh jangan jalan seorang, duduk dengan orang ramai. Adik aku baru kena ugut dengan pisau suruh jual dadah. Dia follow sampai dekat terminal bas tau. Please be extra carefull gais!
Adik aku dengar lagu dalam KTM, tapi masa tu memang dia perasan macam lelaki ni pandang-pandang dia. Lepas turun, dia nak tunggu kawan dia nak balik kolej sama-sama. Dia duduk kat kerusi kat KTM tu. Dan lelaki tu terus duduk sebelah dia.
SIAPA YANG SELALU NAIK KTM SEREMBAN, KALAU BOLEH JGN JALAN SORANG, DUDUK DGN ORG RAMAI. ADIK AKU BARU KENA UGUT DGN PISAU SURUH JUAL DADAH. DIA FOLLOW SAMPAI DEKAT TERMINAL BAS TAU. PLEASE BE EXTRA CAREFULL GAISS !— PUTERI (@PuteriRyna) September 17, 2018
Lelaki tu tanya adik aku nak pergi mana, sekolah kat mana semua. Dan adik aku pun bagi tahu dia sekolah mana semua. Sekali lelaki tu tanya hisap rokok ke tak? Dia tak dapat pancing sebab adik aku tak hisap rokok. Dia ajak.
“Jom ikut abang jual barang? Sejam abang bagi RM 100.”
Then laki tu pun tunjuk beg dia dalam tu ada pisau, ada dadah. Adik aku pancing balik “tak apa lah bang, line tak clear ni.” Lelaki tu macam desak macam nak jugak adik aku jual. Then adik aku buat buat ada orang call dan kawan dia sampai.
Masa nak naik bas kat Terminal, lelaki tu tunggu dekat mana bas yang adik aku nak naik. So adik aku menyorok dan tunggu dia blah. Baru dia naik.
So gais kemungkinan dia nak samun sekali tapi tak dapat dan dia attack budak sekolah. Lelaki perempuan pun hati hati,orang main dadah ni. BAHAYA.
Sumber: PuteriRyna