Loading...
TR

Wanita potong kemaluan suami kerana terlalu banyak habiskan masa dengan isteri kedua


Seorang wanita tergamak memotong kemaluan suaminya kerana mangsa terlalu banyak menghabiskan mangsa dengan isterinya yang lain, lapor Metro.

Mangsa, Yunus Ahmed, 45, mendakwa Shayda, 40, menyerangnya dengan pisau ketika dia sedang tidur di kediaman mereka di Muzaffarnagar, utara India. 

Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin selama 17 tahun dan dikurniakan empat orang anak. 

Shayda memberi kebenaran kepada Yunus untuk berkahwin dengan perempuan lain pada tahun lalu selepas dia gagal memberikan anak lelaki. Tetapi sikap mangsa yang kerap meluangkan masa di rumah isteri kedua membuatkan Shayda berang dan bergaduh dengan Yunus. 

"Kami selalu bergaduh dan dia kerap meminta duit. Saya dah menyampah dengan dia dan akhirnya berkahwin dengan wanita lain. 

"Dia pernah mengugut mahu membunuh saya beberapa kali sebelum ini. Ketika saya sedang tidur, dia telah menyerang dan memotong kemaluan saya," kata Yunus. 


Yunus kini sedang dirawat di hospital, namun tidak dinyatakan sama ada kemaluannya berjaya disambung atau tidak. 

Ketua Polis Anil Kaparwan berkata, "Suspek telah mencampurkan sesuatu ke dalam makanan mangsa menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri selepas makan. Pada ketika itu, suspek mengambil kesempatan untuk memotong kemaluannya.

Menurut Anil, Yunus mula menghabiskan masa bersama isteri kedua selepas wanita itu bersalin. Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati suspek. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.