Shelby Wyse, 25, ibu kepada seorang anak didakwa mempunyai kaitan dengan rompakan terhadap seorang wanita yang baru saja mengeluarkan wang $75,000 (RM306,800) di Houston.
Berdasarkan pertuduhan dan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Wyse memerhatikan mangsa ketika dia menjalankan urusan di bank tersebut.
Wyse kemudian menghantar mesej kepada teman lelakinya, Travoon Johnson, salah seorang suspek yang telah ditahan dalam rompakan itu, segera mengejar mangsa yang membawa wang banyak keluar dari bank.
Pendakwaraya berkata, polis sedang mendapatkan waran ke atas telefon bimbit Wyse bagi mengetahui mesej apa yang dihantarnya pada hari kejadian.
Video kejadian menunjukkan dua lelaki menyerbu mangsa di luar stesen minyak selepas mengekorinya dari Wallis State Bank, di mana tempat Wyse bekerja.
Video yang didedahkan oleh polis menunjukkan salah seorang suspek masuk ke dalam kereta mangsa dan cuba merampas sebuah beg hitam yang berisi wang. Namun mangsa cuba menghalang suspek.
Suami mangsa yang berada di dalam kedai stesen tersebut segera keluar membantu isterinya. Namun gagal menghalang suspek yang kemudian melarikan diri.
Menurut pendakwaraya, Wyse telah menyewa kereta yang digunakan dua suspek dalam kejadian itu.
Lapor Click2Houston, Wsye dalam keterangannya kepada polis berkata kereta itu telah dicuri. Tetapi pihak berkuasa menegaskan mereka tidak menerima sebarang laporan berhubung kehilangan kereta tersebut.
Rekod telefon bimbit juga menunjukkan adanya aktiviti berbalas mesej di antara Johnson, 27, dan Davis Mitchell, 31, berhubung rompakan itu.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan rompakan bersenjata dai kini ditahan di penjara.
Polis masih menjalankan siasatan dan mencari suspek keempat yang dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan itu.