Loading...
TR

(Video) 'Dah 30 minit hon!' - Akibat 'double park', Honda City jahanam dirempuh Hilux


Masalah 'double park' di tempat awam bukan sahaja mendatangkan masalah kepada pengguna lain, malah menimbulkan rasa kurang senang bagi pengguna yang mematuhi peraturan. 

Kebiasaannya dalam situasi seperti itu, pemilik kereta yang terkesan dari 'double park' ini akan membunyikan hon dan menunggu beberapa minit dengan harapan pemilik kenderaan itu muncul. 

Tetapi tidak bagi pemandu Toyota Hilux ini hilang kesabaran lalu mengundurkan kenderaannya merempuh kereta Honda City yang menghalang laluan keluar dari tempat letak kereta, sebanyak lima kali. 

Lapor China Press, kejadian itu berlaku pada jam 11.30 malam 5 Ogos lalu berhampiran sebuah restoran di Bentong, Pahang. 

Menurut sumber, pemandu kereta pacuan empat roda itu terdahulu membunyikan hon sebanyak lima kali, namun pemilik Honda City berwarna kelabu gelap itu tidak muncul. 

Berang dan hilang kesabaran, dia mengambil keputusan untuk mengundurkan saja kenderaan dan merempuh kereta di belakangnya sebanyak lima kali menyebabkan beberapa pelanggan restoran itu menjauhkan diri bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. 


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, selepas beberapa kali kereta itu dirempuh, pemiliknya yang dipercayai duduk di restoran berkenaan segera datang dan meminta pemandu Toyota itu berhenti dari menjahanamkan keretanya. 

"Pemandu Toyota itu dah hon setengah jam dan pemilik Honda itu pula tak buat apa-apa. Cuma duduk di situ berbual dengan rakannya. 

"Semua orang ada kehidupannya sendiri dan apa yang dia (pemilik Honda) itu fikir yang masanya lebih berharga dari lelaki itu?" kata netizen yang mengetahui kejadian sebenar. 



Lapor World of Buzz, pemandu Toyota itu telah ditahan reman oleh polis kerana merosakkan harta orang lain, sementara itu pemandu Honda berkenaan tidak dikenakan sebarang tindakan. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.