Loading...
TR

'Tak payah buat exam untuk murid Tahun 1-3, tak perlu stresskan budak-budak'


Tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan zaman terindah adalah ketika zaman kanak-kanak. Ketika zaman inilah kita dapat mempelajari banyak benda yang baru. Di saat ini juga, perkembangan kanak-kanak dapat dilihat sedikit demi sedikit. 

Seiring zaman berkembang pesat, pendidikan kanak-kanak turut dikatakan mempunyai silibus yang tinggi sehingga melampaui pemikiran mereka sebagai pelajar sekolah rendah. Ujian dan peperiksaan seringkali diadakan bagi menguji tahap kemampuan pelajar. Tetapi, apabila dilihat dari sudut berlainan, ujian dan peperiksaan ini kadangkala membataskan pemikiran mereka untuk berfikir lebih kreatif. Sedar atau pun tidak, kanak-kanak ini juga boleh mengalami tekanan.

Prof Madya Dr Hasnah Toran melalui status di Facebook memberikan cadangan agar pendidikan di Malaysia menambah Modul Kemahiran Sosio Emosi. Beliau juga berpendapat sistem pendidikan sekolah rendah dilihat memberikan tekanan kepada para pelajar. 

Beliau turut berkongsikan pengalaman anaknya yang tidak dapat menyesuaikan diri pada awalnya dengan sistem pendidikan di negara ini  berbanding sistem pendidikan di Amerika Syarikat.

KAMI balik dari US pada tahun 2007, bulan April, tahun Haniin mula Tahun 1 Sekolah Rendah. Dengan kalut cari kerja, settle down bagai, bulan Jun baru dia masuk sekolah. Dua minggu lepas masuk sekolah, ada Peperiksaan Pertengahan Tahun. 

Hmm, mak bapa nervous-lah! Sebab semasa dia bersekolah dan prasekolah di US, tiada ujian langsung. Kami tak kisah jika dia tak dapat A, tapi kami bimbang jika dia stress atau jika cikgu label dia sebagai budak hopeless. Dan yang haru sekali, kami terfikir-fikir, dia fahamkah konsep peperiksaan?


Hari pertama peperiksaan, kertas BM 1 dan 2. Tak payah tanya apalah, masa tu dia hanya tahu 'ummi, ayah, abang, adik, makan, tidur, mandi, berak' sahaja. Yang lain semua omputih sebab di Eugene, kami satu-satunya keluarga Melayu.

Dia masuk ke dalam kereta selepas habis sekolah sesi petang, kami hanya bertanya, "How was your day?" "Okay" jawabnya pendek. Saya jeling suami. Suami jeling saya. Okay lah kut. As i said earlier, kertas Bahasa Melayu. Redho sajalah.

Esoknya kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2. Masa ni, BI dia lagi berabuk dari cikgu. Maka selepas tanya How was your day?, kami sambung tanya "What did you do today?" "Emmm, we did some writing practice"

Saya jeling suami, suami jeling saya. Jungkit kening. "What writing practice?" "The teacher gave us papers and we write on it." Jeling-menjeling lagi kami suami isteri.

Saya sambung tanya "Did you finish your writing practice?" Takkan nak tanya "Boleh jawab tak?" Boleh tak boleh, dia faham ka, "writing practice" tu nak uji kemampuan dia? Maka mak tanya dia boleh siapkan atau tidak. Kalau siap tu kira dia boleh buatlah. Kot?

Dengan selamba, anak bertuah tu jawab "No"

Terbeliak biji mata mak pak! Kertas Bahasa Inggeris kot. Dia ni kira macam native speaker, pergi US umur 3 tahun. Tapi mak pak yang tak mau pressure anak, dengan suara yang cuba buat tenang, saya tanya lagi, "Oh, why not?" Saya sangat pasti dia boleh jawab semua soalan. She was quite an early reader and she loved reading.

"Well,there's this boy sitiing next to me. He didn't know how to do the practice, so I helped him"

Oh okay, anak... mak tanya lagi. Ayah follow sambil bawa kereta, "You helped him, so you didn't finish your practice?"

"Hmm hmm." jawab si happy camper. "Ummi, what are we going to have for dinner?" selamba dia tukar tajuk. Apa kisah kertas soalan habis jawab ke idak.


Itulah dia, tuan-tuan dan puan-puan, produk pendidikan Amerika. Kawan tak tahu, kita tolong. Emphasisnya, kita buat sama-sama, kita berjaya sama-sama. Emphasis pendidikan Malaysia, be the best, beat the rest. (Sampai sekarang bila saya baca tulisan ayat keramat ini di dinding sekolah, saya cringe, cringe cringe cringe!! Kesian anak-anak kita. 

So hang dah jadi the best, dah belasah habis the rest; Nanti nak sekolahkan anak, siapa yang nak ajar? Masuk hospital, siapa rawat? Rumah terbakar, siapa mai padamkan? Hat hang belasah itulah yang mai tolong. Tapi time belajar seorang saja nak be the best?

Dah terlalu individualistik, itu yang ramai rakyat Malaysia apa kisah apa jadi kat orang lain, nak buat macam mana policy makers dah gabra nu, dalam ujian PISA, Vietnam pun dah kalahkan Malaysia. Hampa ingat belajaq ni macam tendang bola masuk gol macam Piala Dunia ka?

Dah cerita panjang meleret ni, did you all get the point? Cerita panjang-panjang ni tipikal-lah cikgu old school macam saya ni. Nak make a point, cerita meleret-leret. Mana sempat nak cerita kat YB Dr Maszlee esok. Nampak muka dia saja, semua orang berebut mikrofon, hehehehe. (Teringat majlis Bicara Minda yang lalu)


Kalau dan (Penangspeak: sempat), saya nak cakap kat YB, tak payahlah buat exam untuk murid-murid Tahun 1 hingga 3. Ada maknakah exam umur muda-muda tu? Nak ukur murid dah kuasai kemahiran 3M, macam-macam cara penaksiran lagi boleh buat. Tak payahlah stresskan budak-budak. Buku teks pun tak payah suruh depa pikul. Buat projek suruh depa tulis buku sendiri, tentu depa akan pandai 3M.

Cikgu-cikgu Tahap 1 setujukah? Cikgu-cikgu tak payah nak sediakan kertas soalan, tak payah nak tanda soalan. Tiap-tiap hari mai sekolah, ajak murid-murid main, menari, buat projek chicken hatchery (eram telur hingga menetas) dan lain-lain.

Tapi saya nak cadangkan tambah Modul Kemahiran Sosio Emosi. Cikgu-cikgu  tahukah apa 4 elemen dalam kemahiran emosi?

Mak bapak yang mati-mati nak exam untuk murid-murid Tahap 1 ini, hanya mak bapak kiasu. Yang teringin nak membawang "Anak saya periksa ritu semua paper dapat 100%, Bahasa Inggeris sahaja dapat 98%" hehehehe.

Ok, lain kali saya cerita tentang Haniin dan tanduk rusa di dalam kelas Sains nya.

#hasnahtoran #drhasnahtoran #permatakurnia

Sumber: Hasnah Toran

About Cite Malaya

Powered by Blogger.