Loading...
TR

'Tak kira lelaki atau perempuan, wajib download apps ini' - SaveME999 Polis


Hampir setiap hari kes-kes jenayah dilaporkan dan kes-kes ini membimbangkan semua pihak. Jenayah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia atau pun jantina. Sehubungan itu, masyarakat perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri.

Satu aplikasi  SaveME 999 POLIS dikongsikan di Twitter sebagai salah satu alternatif masyarakat untuk menghubungi pihak polis sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Aplikasi ini boleh digunakan sekiranya kita mengaktifkan GPS di telefon bimbit. Melalui aplikasi tersebut juga, kita perlu mengisi segala maklumat peribadi kita terlebih dahulu bagi memudahkan pihak polis menghubungi kita.

Menerusi pemilik akaun Twitter NadilaFasiha, aplikasi tersebut ujarnya dikongsikan kepadanya oleh seorang pemandu GrabCar kepadanya dan meminta dia berkongsikan aplikasi ini kepada orang ramai.


TADI masa nak balik kerja, aku terus amik GrabCar. So, aku nak share pengalaman aku ketika menaiki GrabCar untuk ke stesen MRT Maluri. Tapi time tu, Apek itu mintak aku download "SaveME 999 POLIS". Aku pun layankan sajalah.

Aku terus sajalah download. Lepas tu dia, ceritalah sekarang kat mana-mana pun bahaya. Tak kiralah kat mall ke apa ke. Benda kalau nak jadi akan jadi jugak. Baik lelaki, baik perempuan kedua-duanya akan kena.

Tak kisahlah kau tua ke kau muda ke, benda kalau nak jadi akan jadi jugak. So, zaman teknologi sekarang mudahkan kita jugak sebenarnya. In case, rumah kita kena rompak ke, kita boleh guna aplikasi ini. Yang penting "GPS" kena sentiasa on.

Tak kiralah kau ada kat rumah ke, luar rumah ke kena sentiasa on "GPS". Orang sekarang mana boleh dipercayai. So nak tak nak, kita kena download aplikasi ini.  Tapi masa kau nak download tu kau pilihlah yang atas sekali. Melainkan untuk OKU (pekak atau buta), bolehlah pilih yang bawah.


Then, kau kena isi maklumat peribadi kau. Nama penuh, IC, alamat, no telefon. Semualah kau kena isi sebab nak mudahkan polis buat kerja. Kalau ada apa apa berlaku kat kau, senang. Tak payah nak dail sangat 999. In caselah, kau kena kacau dengan orang, kau sendiri pun tak tahu tempat kat mana. So, kau boleh terus tekan warna merah "Click Here" tu.

Tapi sebelum tu, kau kena on "GPS". Kalau kau tak on, polis tak dapatlah nak detect location kau. So nak mudahkan kerja polis, on sajalah GPS tu sebab kita tak tahu apa akan jadi.



Lagi-lagi kalau yang biasa keluar malam. Even dah biasa keluar malam pun benda kalau nak jadi, jadi jugak tau. Tak kisahlah lelaki ke perempuan ke. Zaman sekarang macam macam boleh jadi. Kena ragut, kena rogol, kena bunuh dan macam macamlah. So dengan adanya aplikasi itu kita mudahkan juga diri kita dan mudahkan polis untuk ke location kita.

Serius orang sekarang pun bahaya juga tau. Masa, mula-mula aku naik dalam GrabCar itu aku dah takut dah sebenarnya. Tapi apa yang dia share kat aku itu ada gunanya. Apa yang dia cakap semuanya betul. Zaman sekarang, orang kalau dia tak suka seseorang dia bunuh. Kalau cinta dia ditolak, dia rogol. Kalau nak duit, dia meragut.

Kita wajib download apps ini. Even, nampak saja bodoh-bodoh. Tapi masa akan datang kita tahu ke apa akan jadi? Tak rugi pun. Aku share sebab Apek GrabCar itu mintak aku share kat semua, lebih-lebih lagi kat perempuan. So girl's, please take note.

Tapi kalau dah download apps itu, janganlah buat harapan palsu. Kesian polis tu nanti. Ingatkan ada kes ragut ke apa ke.

Apek GrabCar itu pesan. Kalau kau ada masalah dengan girlfriend or boyfriend. Jangan gatal-gatal guna apps "SaveME 999 POLIS ". Aduii, nanti dia tak tahu nak selesaikan kes kau. Pasal berat sangat kes kau ni.

Sumber: CikSehaaaaa

About Cite Malaya

Powered by Blogger.