Loading...
TR

Pesakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan dialisis tidak digalakkan makan buah durian


Buah ini dinobatkan sebagai raja segala buah. Keenakan rasanya menandingi buah-buahan lain. Siapa sahaja pasti tertawan dengan warna keemasan dan keenakan buah durian ini. Walaupun berduri di luar, rasa isinya  yang lemak manis pasti membuatkan kita terleka menikmatinya sehinga berulas-ulas.

Tetapi di sebalik kita menikmati keenakan buah ini, kita juga harus berwaspada terutamanya kepada individu yang menghidapi penyakit.

Menurut Dr Jazlina Syahrul melalui bebenang di Twitter, pesakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan dialisis tidak digalakkan mengambil buah durian kerana kandungan potassium yang tinggi.

DURIAN DAN BUAH PINGGANG

Semalam saya berkesempatan berkongsi mengenai buah durian dan pesakit buah pinggang di dalam rancangan Lensa 106 (Astro Oasis).  Adakah buah durian boleh memudaratkan?

Pesakit buah pinggang terutamanya yang sedang menjalani rawatan dialisis tidak digalakkan mengambil buah durian ni. Kenapa? Sebab kandungan potassium-nya yang tinggi.


Ini kerana bagi pesakit buah pinggang, mereka tidak lagi berkeupayaan utk mengeluarkan bahan kumuh daripada badan (antaranya potassium ni) seperti orang biasa. 

Pengambilan MAKANAN yang tinggi potassium mungkin boleh menyebabkan peningkatan aras potassium dalam darah. 

Aras potassium yang tinggi dalam darah/ hyperkalemia boleh menyebabkan gangguan kepada ritma jantung yang boleh membahayakan nyawa pesakit. 

Antara buah lain yang tinggi kandungan potassium ialah: cempedak, nangka, pisang  dan anggur.

Musim durian ni, ada antara pesakit-pesakit di klinik yang mengambil durian tanpa kawalan. Bagi yang ada ahli keluarga yang mempunyai masalah kegagalan buah pinggang/ sedang menjalani rawatan dialisis, minta tolong tengok-tengok kan dan nasihat ya.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.