Laporan polis telah dibuat, namun persoalannya sekarang ialah, sampai bila masalah ini akan terus berlaku? Kes barangan milik pelanggan di Pos Laju hilang tanpa dikesan bukan perkara baru. Pihak pengurusan Pos Laju perlu lebih mengambil tindakan yang lebih efektif dan agresif bagi menangani masalah ini yang terlalu kerap berulang.
Jangan sampai para pengguna hilang kepercayaan kepada Pos Laju, Ambil tindakan segera dan lindungi pelanggan anda.
KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA
MESTI ramai yang tertanya-tanya tentang status tiga parcel saya tempoh hari. Satu diceroboh dan dua lagi hilang jejak dalam sistem Pos Laju. Alhamdulillah, baru hari ini diberi kekuatan untuk post tentang hal ini di Facebook. Saya ceritakan serba sedikit kronologi kes.
Saya memohon bantuan kawan-kawan di Facebook saya untuk viralkan kes kecurian oleh pihak dalamam Pos Laju yang semakin berleluasa. Sampai bila perkara ini akan selesai?
10 OGOS 2018
Sebanyak 11 parcel dipos oleh saya di Pos Malaysia Batu 9, Cheras.
14 OGOS 2018
Kira-kira jam dua petang, saya mendapat panggilan telefon dari kakitangan Pos Laju Balakong yang memaklumkan satu parcel saya yang ingin dihantar ke Arau, Perlis telah diceroboh dan saya diminta datang ke Pos Laju Balakong untuk membuat tuntutan parcel tersebut.
Pada masa yang sama, ada dua lagi pelanggan yang masih belum menerima barang. Ya Allah, hati ini berdebar-debar sangat. Saya periksa dalam sistem Pos Laju, dua parcel tersebut tidak bergerak. Dah mula rasa tak sedap hati, berdoa memohon barang-barang customer saya selamat.
Jam 9.30 pagi, saya telah pergi ke Pos Laju Balakong untuk membuat tuntutan. Seperti biasa, saya dilayan acuh tak acuh oleh kakitangan di sana. Hancur luluh hati saya apabila melihat parcel saya telah dikoyak dan barang (handphone) customer saya di dalam parcel itu telah hilang. Apa yang tinggal hanyalah alat pengecas dan dua parcel yang lain juga disahkan telah hilang.
Kakitangannya memberikan tiga borang tuntutan kepada saya. Semudah itu saja, kan?
Saya mohon kepada sesiapa yang membaca post ini, boleh tolong sharea agar perkara ini viral dan tindakan segera diambil. Saya sudah menanggung kerugian hampir RM3,000 dan berharap perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak Pos Laju.
Saya tidak mahu berhujah lebih panjang mengenai perkara lain. Saya tahu ramai peniaga online atau pembeli online yang telah menjadi mangsa barang hilang. Saya meminta semua orang yang pernah melalui kejadian seumpama ini, kongsikan kisah anda agar pihak atasan Pos Laju mencari penyelesaian dalam hal ini.
Sumber: Saifadila Said