Loading...
TR

'Maafkan saya cikgu' - Guru Besar kesal tak beri cuti, isteri kakitangannya meninggal dunia ketika lahir anak pertama


Hubungan majikan dengan kakitangan, haruslah dijaga dengan baik bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak di hari semasa atau kemudian hari. Walaupun ada segelintir kakitangan yang suka mengambil kesempatan atau melakukan tindakan yang tidak sewajarnya, usahlah majikan melabelkan semua kakitangannya sama. 

Kisah benar yang dikongsi oleh Tuan Kamarul Sahrin ini wajar dijadikan sebagai iktibar buat semua agar tidak berulang lagi kejadian seumpama ini. Jangan disebabkan ketegasan yang tidak bertempat itu, menafikan hak kakitangan, menyebabkan kemudaratan yang boleh meragut nyawa. 

TANGISAN GURU BESAR INI TIDAK BERGUNA LAGI

Cikgu Ismail terpaku, kaget. Berdiri di hadapan pegawai polis. Wajahnya memandang tepat kepada Guru Besar, yang tunduk sambil berdiri tegak juga di hadapannya.

Kertas telegram yang baru dibaca terlepas dari tangan. Seluruh sendinya menjadi lemah. Beliau hampir jatuh. Dipegang oleh pegawai polis itu. Dibantu duduk di atas kerusi. Saat itu semua orang di dalam bilik guru berdiri, kehairanan, memandang kepada mereka bertiga.

“Maafkan saya, Cikgu!,” kata-kata pertama daripada Guru Besar dengan nada penuh penyelesaian.

Cikgu Ismail terbayang kembali. Di saat dia memohon cuti, untuk balik ke kampung, menemani isterinya bersalin anak pertama. Guru Besar dengan tegas tidak meluluskan. Dia kecewa, sambil bergerak meninggalkan bilik. Marah. Kecewa. Namun mengikut perintah. Kampung isteri jauh.

Hari ini berita diterima. Isteri meninggal ketika melahirkan anak pertama mereka. Sedih. Kecewa. Di saat menerima berita. Bergenang air mata semua orang di situ.

Rasa bersalah hadir bertamu di hati Guru Besar. Serba salah ketika membuat keputusan tempoh hari. Kalaulah dia menggunakan budi bicara, kalaulah dia mencari guru lain menggantikan Cikgu Ismail untuk satu hari sahaja, kalaulah kemanusiaan melebihi peraturan, kalaulah....

Peristiwa ini berlaku di Daerah Hulu Perak zaman dahulu. Diceritakan kepada saya oleh seorang bekas guru besar. Ia mengingatkan saya untuk menggunakan budi bicara ketika membuat keputusan, apabila perlu.

Minggu depan seorang anak kepada seorang guru akan melalui operasi pembedahan jantung berlubang di IJN. Kalau saya GB, saya tidak tunggu guru saya memohon cuti. Saya akan paksa dia bercuti untuk bersama isteri ketika pembedahan anaknya.

Ingat.
  1. Kita hidup bukan untuk kerja. Kita kerja untuk hidup. 
  2. Jika esok kita mati, lusa boss akan cari pengganti. They never care how much you sacrificed for the company.
  3. Apabila kita hilang kerja atau sakit, bukan boss dan pangkat akan temani kita dan terus bagi gaji. Anak dan isteri atau suami atau ibubapa yang akan tetap di sisi.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.