Loading...
TR

HAARP, senjata masa depan yang boleh mneghuru-harakan dunia


Beberapa hari lalu, penduduk di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan yang berdekatan dikejutkan dengan bunyi guruh berpanjangan dan kilat yang didakwa tidak pernah berlaku sebelum ini, menimbulkan tanda tanya apa sebenarnya yang berlaku. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen, apa yang berlaku itu adalah perkara biasa sahaja, bukannya fenomena luar biasa. Netizen bagaimanapun tidak menerima kenyataan tersebut kerana rata-rata menegaskan, ini merupakan pertama kali mereka mengalami kejadian seperti itu. 

Ramai yang tidak menolak kemungkinan kejadian itu berlaku mungkin berkaitan dengan projek HAARP, yang mampu mengawal dan menentukan cuaca dunia. Baca perkongsian dari Asyraf mengenai projek HAARP yang anda patut ketahui.

BERITA BERKAITAN: 


BARU-baru ini kita digemparkan dengan guruh kilat yang abnormal. Saya sajikan korang dengan HAARP yang telah berjaya memanipulasikan cuaca dunia. Ini adalah bebenang. 

Sebenarnya saya sudah lama nak buat bebenang ini. Tetapi disebabkan kekangan masa dan tenaga, maka hasrat itu tergendala. Baru-baru ini saya baru habiskan satu program mengenai radio. Senang cerita ia program mengenai Radio Frequency (RF) dan band-band di dalamnya. Jadi, entah macam mana tiba-tiba timbul persoalan.

"Sir, it's possible we use frequency to create some damage or some military weapon?" 

"Yes," jawabnya.

Kita boleh buat semua itu tetapi kita bukan negara kuasa pertama untuk buat benda itu. Negara besar seperti Amerika Syarikat sudah buat dan mencubanya di dunia sekarang. Bukti? Projek HAARP. HAARP atau nama penuhnya, High Frequency Active Aurora Research Program. HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfrea dan dinaungi sepenuhnya oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) dan ini merupakan satu projek rahsia.

HAARP memancarkan gelombang radio frekuensi dari yang sangat rendah sehingga ke yang paling tinggi ke atas atmosfera. Salah satu efek yang akan mempengaruhi ionosfir dan stratosfir menjadi hangat menciptakan awan dan merubah iklim dunia. Sebab itu ada beberapa tempat kita tengok awannya pelik. 

Jika diubah dengan frekuensi lainnya, maka gelombang radio frekuensi tersebut dapat terpantul oleh ionofir dan kembali lagi ke bumi untuk menciptakan gempa bumi atau bahkan dapat mempengaruhi fikiran manusia dan masih ada beberapa lagi kemampuan HAARP yang lain korang tidak tahu.

Salah satu HAARP ada di Alaska yang terdiri dari 360 antena. Masing-masing antena menghasilkan daya pancar minimal sebenar 10,000 watt dan jika semua antena ini dinyalakan secara bersama-sama, maka ia akan menghasilkan 3.6 juta watt hingga milyaran watt. 

Gelombang radio tersebut dipancarkan ke atas, ke lapisan luar atmosfir yang membuatkan atmosfir lapisan teratas menjadi hangat dan dapat membuat awan. Tujuan utama penelitian ialah untuk mempelajari lebih jauh lapisan ionosfir dan untuk menyelidik potensi pengembangan teknologi. 

Cara kerja HAARP adalah memancarkan frekuensi yang sangat rendah atau Very Low Frequency (VLF) berdaya tinggi (jutaan watt) ke atmosfir. Namun lama-kelamaan ilmu di bidang frekuensi mula dicuba untuk frekuensi-frekunsi yang lain termasuk frekuensi tinggi atau High Frequency (HF) 3MHz-30MHz. 

Semenjak penemuan frekuensi rendah dan kemudian digunakan juga untuk frekuensi tinggi dengan memancar ke atmosfir, maka HAARP ini banyak kelebihannya. Dengan ini, HAARP merupakan teknologi canggih sebagai senjata masa depan yang boleh mengubah cuaca dunia pada bila-bila masa ia diperlukan. Seram! 


HAARP juga boleh digunakan untuk mengubah medan magnet bumi dan ia juga dipercayai mampu menjadikan sistem ekologi dan pertanian di seluruh dunia tidak stabil seperti kemarau berpanjangan, mampu membuat gempa bumi dan sebagainya. 


"Dia antara cubaan Dajjal lagi, dia memerintahkan langit menurunkan hujan, lalu hujan pun turun dari langit. Dia memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, lalu ia pun menumbuhkan tanaman, sehingga haiwan ternakan kembali pada waktu petang dalam keadaan lebih gemuk."

Ini yang saya dapat cari antara awan-awan yang dihasilkan oleh HAARP. Sekali tengok, seram pun ada. Bayangkan langit nak runtuh macam dalam filem. Suasana huru hara. Lebih kurang seperti itulah. Malaysia pun tidak terlepas dari benda-benda begini. Mungkin itu petanda bagi kita. 




GEMPA BUMI

26 Disember 2004, gempa bumi dahsyat dengan 9.0 skala Richter telah menggoncang Aceh dan Sumatera Utara sekali gus menimbulkan gelombang tsunam di Samudera Hindi. Akibatnya, lebih dari 300,000 orang meninggal dunia. 


26 Disember 2003, gempa bumi kuat di Bam, barat daya Iran berukuran 6.5 skala Richter dan menyebabkan lebih dari 41,000 orang meninggal dunia. 

26 Januari 2001, gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter di India telah membunuh seramai 13,000 orang. 

11 Mac 2011, gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di Sendai, Jepun, menyebabkan berlakunya bencana tsunami dan meragut 15,867 nyawa. 

Bencana gempa dan tsunami ini juga telah dibuktikan oleh ramai pihak di mana ia ada berkaitan dengan HAARP kerana pergerakan awan yang pelk juga berlaku di beberapa bahagian. 


Kalau anda merupakan gamer tegar, pasti pernah bermain permainan Command and Conquer Red Alert di mana anda akan menemui super weapon yang dinamakan, Weather Machine yang boleh menghasilkan kilat dalam jumlah yang besar dihantar kepada musuh. Konsep yang sama, cuma situasi berlainan. Salah satu pendedahan project HAARP.

Weather machine ini memang direka untuk memanipulasikan cuaca. Tetapi dalam masa sama ia digunakan untuk membuat satu lingkungan blind spot untuk tempat-tempat yang berprofile tinggi milik kerajaan. Selain itu, HAARP juga berpotensi mempengaruhi minda manusia melalui frekuensi yang dipancarkan. 

Kedengaran seperti tidak masuk akal. Mula-mula ada kawan sendiri yang mentertawakan saya. Tetapi selepas saya jelaskan, baru mereka nak tercengang muka beruk. 

Frekuensi Sangat Rendah (VLF) dapat menggerakkan platonik bumi yang tidak stabil. Sebab itu boleh jadi pergerakan tektonik. Tambahan, VLF dapat mempengaruhi otak manusia dan sifat manusia tersebut. Kebarangkalian boleh menjadi halusinasi pada mereka yang terkena VLF ini. 

Dengan adanya frekuensi HAARP ini, ia boleh disesuaikan dengan gelombang otak. Maka dengan ini akan terjadi huru hara di suatu wilayah tertentu seperti pemberontakkan dan perang. Sebab itu VLF sekarang sangat diperlukan oleh negara kuasa pertama untuk menghasilkan provokasi dengan negara lain. 

HAARP juga dapat melawan sifat alam yang alamiah seperti gempa bumi yang terjadi di daerah yang jarang berlakunya gempa di mana tiada gunung dan jauh dari lingkaran api pasifik. Kalau nak faham, boleh tonton cerita Kingsman Secret Service. Mereka gunakan VLF untuk mengawal minda manusia. 


Sebenarnya, kebanyakan cerita dari barat sudah memberi petunjuk kepada kita bagaimana mereka boleh mendahului tenknologi. Kalau nak lebih jelas tentang projek HAARP, anda boleh tonton cerita Geostorm. Cerita ini 75 peratus accurate tentang HAARP. Cuma ditambah dengan sedikit unsur-unsur sedih. 

Seseorang mesti tampil mendedahkan kepada umum tentang benda seperti ini agar kita lebih peka dan tidak alpa dengan enviroment sekarang. Dunia muka berubah corak selepas NWO dan kroni Illuminati ambil alih. Perkembangan teknologi semakin gila, banyak negara menjadi huru hara. Persaingan teknologi nuklear mula pesat. Terlupa nak beritahu, Rusia juga mempunyai teknologi HAARP yang dinamakan sebagai Woodpeacker. 

Konsep yang sama, cara berlainan. Kalau HAARP US, ia akan 'tembak' ke ionosfir. Kalau Rusia (maksud saya Soviet Union), dia akan tembak dalam bumi kemudian menghasilkan gempa bumi dengan radius satu kilometer dari tempat yang ditembak. Mak terjadilah gempa bumi. Sebab itulah sekarang banyak berlaku gempa bumi.

Selepas beberapa tahun, Rusia mengalami krisis kewangan dan terpaksa menjual Woodpeaker ini kepada US. Maka dengan itu sempurnalah projek HAARP dan HAARP dikuasai oleh Freemanson, NWO, SKullNBone dan Illuminati. 


Jadi  sebagai manusia, marilah kita muhasabah diri. Dekatkan diri dengan Allah, mohon petunjuk dariNya.  Semoga kita dilindungi dari sebarang malapetaka yang bakal hadir. Terima kasih sebab anda sudah menghabiskan thread ini dengan jayanya 

Sumber: @AsyrafAD

About Cite Malaya

Powered by Blogger.