Loading...
TR

'Apa netizen kata itu semua fitnah' - Pemilik Honda City


"Apa kata netizens itu semua fitnah," demikian kata pemilik kereta Honda City yang dirempuh Toyota Hilux kerana menghalang laluan keluar dari petak tempat letak kereta. 

Wong Thim Cheong, bekas pembantu kepada presiden MC, Datuk Sri Liow Tiong Lai, ketika dihubungi berkata, dia tidak mahu mengulas mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. 

Lapor China Press, kejadian itu berlaku pada 5 Ogos lalu di Raub, Pahang di mana pemandu Hilux yang baru keluar dari sebuah kelab malam berhampiran dan menuju ke kenderaannya kira-kira jam 11.37 malam. 

Seminit kemudian, lelaki itu mengundurkan kenderaan dan merempuh kereta Honda City yang menghalang laluan keluarnya. 

Wong yang kebetulan duduk di kedai kopi berhampiran segera datang meminta lelaki terbabit tidak melanggar keretanya lagi, tetapi tidak diendahkan.


Dalam laporan akhbar yang sama memetik kenyataan dari saksi bahawa pemandu Hilux itu tidak membunyikan hon selama 30 minit dan bahawa dia telah ditangkap seperti yang didakwa. 

BERITA BERKAITAN:
  • (Video) 'Dah 30 minit hon!' - Akibat 'double park', Honda City jahanam dirempuh Hilux

About Cite Malaya

Powered by Blogger.