Loading...
TR

'Apa dosa yang awak buat sampai kena kifarah macam ni?' - Suami langsung tak prihatin, isteri tertekan sampai ragut nyawa sendiri


Setiap individu mengalami tekanan,tidak kira tekanan hidup, tekanan kerja atau tekanan dari sesebuah perkahwinan. Jika tekanan tersebut dapat diatasi dengan sebaiknya, sudah pasti kehidupannya akan berbahagia. Tetapi sebaliknya, jika tekanan itu tidak dapat ditangani, kehidupannya akan menemui jalan buntu.

Isu wanita yang mengalami tekanan bukan perkara baru. Wanita, sudah pastinya memiliki hati yang sensitif walaupun di luar dilihat seperti wanita yang kuat. Oleh kerana itu, wanita yang mengalami tekanan perlu sentiasa mendapat sokongan dari orang di sekelilingnya.

Fadzilah Mamat berkongsikan kisah mengenai adik rakannya yang membunuh diri kerana mengalami tekanan. Siapa sangka seorang wanita yang bergelar ustazah mengalami tekanan sebegitu rupa. Arwah juga telah meninggalkan enam orang anak yang masih kecil. Setelah diselidiki, arwah mengalami tekanan kerana sikap lepas tangan suaminya.

TADI sembang dengan seorang kenalan. Dia bercerita pasal adik perempuan dia yang baru je bunuh diri kurang sebulan yang lepas kerana depression. Arwah merupakah seorang ustazah dan meninggalkan 6 orang anak yang masih kecil. Tak silap yang sulung baru je 9 tahun dan paling kecil kembar 9 bulan.

Arwah ni dari awal kahwin sampai sekarang PJJ dengan suami dan dia yang uruskan anak sorang sorang tanpa pembantu. Sebelum meninggal, pihak pengurusan sekolah hubungi keluarga maklumkan bahawa dia dah tak boleh mengajar dan minta keluarga ambil dia.

Keluarga ambil dia, bawa bercuti di pantai kononnya untuk berubah angin dan menenangkan fikiran tapi yang sedihnya pada suatu malam, pukul 2 pagi arwah berlari keluar ke pantai dan lemas.

Selepas dia meninggal, keluarga cek handphone dia dan baca mesej antara dia dan suami. Rupanya suami dia jenis yang tak concern langsung pasal dia dan anak anak. Mesej- mesej dari suami tak ada unsur prihatin pada isteri dan anak-anak. Contoh bila suami dia cuti, suami boleh balik terus ke rumah mak suami dan suruh isteri datang ke sana. 

Lepas tu pernah isteri mengadu laptop hilang suami balas 'Apa dosa yang awak buat sampai kena kifarah macam ni?'

At one time, arwah accident dan mesej pada suami, suami tak ada tanya awak okay tak ke, bagi ayat penyedap hati ke. Instead suami suruh hantar gambar kereta depan belakang, pastu marah isteri dan cakap, “Rezeki mana yang awak belanjakan tanpa pengetahuan saya sampai jadi macam ni.”

Sampai satu tahap arwah dah tak mesej apa-apa lagi dah pada suami. Last mesej pun dah lama sangat. Arwah pulak tak bercerita pada keluarga dan keluarga pun tak sangka dia sebenarnya ada masalah. 

Sebelum meninggal arwah kurus kering dan berat 40 kilogram je. Sebelum meninggal arwah ada bercerita pada suatu hari dia bawak anak-anak naik kereta dan tiba-tiba anak dia ajak balik. Masa tu baru dia tersedar bahawa dia dah drive jauh (lebih 100km dan dah sampai negeri lain).

Al-kisah suami dia seorang ustaz. Banyak keputusan yang suami dia buat atas dasar hormat pada ibu tapi sebenarnya membebankan isteri. Contohnya ibu tak bagi isteri minta tukar dan ikut suami bertugas di luar kawasan atas alasan tak nak cucu-cucu dia keluar dari negeri dia. Bila dengar kan, rasa geram. Geram sangat kat laki dia. Dan agaknya atas dasar anak tu rezeki jugaklah diorang tak ada family planning dan dapat anak rapat-rapat.

Kalaupun suka anak ramai, kesian la kat isteri yang huru-hara jaga anak seorang-seorang. Nasihat buat adik-adik perempuan, tolong buat family planning. Kalau suami tak nak cegah, kita sebagai isteri kena buat sesuatu untk jarakkan kehamilan. Beranak rapat is no fun dan sebenarnya kesian juga pada anak sebab tak puas bermanja. 

Kesianlah juga pada diri sendiri. Lepas tu kalau ada masalah jangan pendam. Bagitahu keluarga. Ask for help. Dapat laki yang tak bertanggungjawab tu satu hal. Tapi kita bukan pokok. Kita boleh ubah keadaan. Jangan biarkan suami tak guna untuk terus mendera kita sama ada secara fizikal atau emosi. Sekarang ni rasa kesian kat anak-anak dia yang dah dibahagi-bahagi di kalangan adik beradik suami. Risau nanti anak-anak pun sama akan jadi depression bila dibesarkan dalam keluarga macam tu. Satu lagi isu adalah PJJ. 

Semua pasangan kena rancang supaya dapat tinggal bersama. Kalau dari awal dah buat personal loan, loan kereta, loan rumah ditambah dengan anak yang makin bertambah setiap tahun, memang sampai ke sudah isteri kena terus bekerja dan terus berjauhan.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.