Norsya yang berkongsi mengenai kejadian itu di Twitternya berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu di luar Pavilion semasa dia mahu melintas jalan, sebelum dihampiri dua remaja terbabit yang secara tiba-tiba merentap telefon bimbitnya.
"Benda ini jadi kat diri saya sendiri siang tadi. Saya punyalah rushing nak pergi kerja dan tengah nak melintas jalan, boleh pula budak-budak ini main rentap phone saya," katanya.
Bagaimanapun, percubaan dua remaja terbabit gagal apabila seorang pemandu kereta yang menyedari kejadian itu, menghalang mereka dari melarikan diri.
"Thank god ada kereta nak langgar dia. Alhamdulillah I got my phone back. But I'm speechless. Kids nowadays Allahu," katanya.
Berdasarkan video yang dikongsikan, Norsya dengan beraninya berdepan dengan dua remaja terbabit dan menegaskan dia mahu menghubungi pihak polis untuk menahan mereka.
Bagaimanapun kedua-dua remaja itu terus melarikan diri.
Benda ni jadi kat diri aku sendiri siang tadi. Aku punya lah rushing nak gi kerja and tgh nak melintas jalan boleh pula budak budak ni main rentap phone aku, thank god ada kereta nak langgar dia, alhamdulillah i got my phone back. But i’m speechless. Kids nowadays allahu pic.twitter.com/Q2e3i9OeC3— Norsya (@nocaaa_) July 29, 2018
"Saya tanya dia, kenapa nak kena meragut dan dia kata, "takde duit". I tak ada promise apa-apa, I just saying that, "Kalau takda duit, aku boleh bagi kau duit", kemudian dia minta duit.
"Mungkin sebab dia nampak saya macam main-main saja marahkan mereka. Dia tak tahu ke orang tengah bengang?
"Diorang lari dan siap cakap, "Bye akak, jumpa lagi", eh? Amboi," katanya yang terkejut dengan kelakuan tidak bermoral remaja terbabit.
Difahamkan, Norsya akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.