Suspek yang dikenali sebagai Zhang, dilihat cuba mengumpan mangsa berusia tiga tahun dengan makanan ringan pada 6 Julai lalu. Mangsa kemudian dilihat mengikut dan menjinjing beg plastik yang diberikan lelaki itu.
"Dia (suspek) pegang tangan anak saya ketika melintas jalan dan membelikannya makanan," kata bapa mangsa yang enggan didedahkan nama.
"Anak saya ketika itu dalam keadaan ragu-ragu, tetapi lelak itu mengangkat dan meletak anak saya di motosikalnya sebelum beredar dari lokasi kejadian.
Pihak berkuasa meneliti semula video CCTV dan mereka berjaya menjejaki Zhang di rumahnya, 18 jam selepas kejadian itu berlaku pada pagi 7 Julai.
Suspek ditahan reman kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia. Namun suspek menafikan dakwaan itu dan menjelaskan dia hanya mahu menjaga kanak-kanak itu sebagai anaknya sendiri.