Loading...
TR

(Video) Budak 9 tahun curi pandu kereta ibunya selepas belajar dari internet dan video games, akibatnya...


Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dari Korea Selatan baru-baru ini memandu kereta ibunya tanpa kebenaran untuk dipandu ke beberapa tempat sebelum kembali semula ke rumah. Ketika cuba meletakkan kenderaan itu di tempat asalnya, kanak-kanak itu terlanggar beberapa kenderaan berhampiran. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi, 11 Julai lalu, si ibu mendapati anak lelakinya telah hilang, malah kunci keretanya juga tidak ditemui, lalu dia segera membuat laporan polis. Malangnya sudah terlambat apabila kanak-kanak lelaki itu telah memandu kereta ibunya. 



Apabila kanak-kanak itu sudah puas memandu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk pulang. Tetapi ia bukan perkara yang mudah kereta dia terpaksa memandu masuk ke bangunan parking bertingkat. 

Oleh kerana kanak-kanak itu rendah, dia tidak dapat menekan pedal brek lalu menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan melanggar beberapa buah kenderaan lain. 


Seorang lelaki dilihat datang menghampiri dan cuba membantu, namun gagal berbuat demikian. Lebih mengejutkan, kanak-kanak itu mengundurkan kenderaan dan merempuh 10 buah lagi kenderaan lain. 

Keseluruhan kejadian itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tempat letak kereta. 

Berikutan kejadian itu, pihak polis telah menahan kanak-kanak terbabit untuk siasatan. Tetapi dia dibebaskan semula tidak beberapa lama selepas itu.  Namun, ibu bapanya bakal didakwa tidak lama lagi. 


Siasatan polis mendapati, kanak-kanak itu belajar cara-cara memandu melalui permainan video dan internet. Selepas mengambil kursus secara online, kanak-kanak kemudian mengambil keputusan untuk cuba memandu di dunia sebenar dengan menggunakan kereta ibunya. 


Difahamkan, ibunya kini sedang sibuk berbincang dengan beberapa pemilik kereta yang menuntut pampasan di atas kerosakan yang berlaku. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.