Loading...
TR

(Video) Bapa rotan anak lebih 100 kali kerana mencuri duit RM4,200


Tindakan pasangan suami isteri di China ini merotan anak lelaki mereka di atas kesalahan yang dilakukan dan video kejadian dimuat naik ke media sosial menimbulkan perdebatan di kalangan netizen, lapor Nextshark

Berdasarkan klip video viral yang didakwa berlaku di wilayah Jiangsu, si bapa dilihat merotan bahagian belakang badan dan punggung anak lelakinya dengan buluh. 


Lapor Sina News, remaja lelaki itu dihukum kerana mencuri duit sebanyak 7,000 Yuan (RM4,200) dan menghabiskan wang itu dengan rakannya dalam tempoh lapan hari. 

"Bukan senang nak dapat duit sebanyak itu! Duit itu bukannya jatuh dari langit! Susah ayah nak kumpul!" kata si bapa ketika merotan anaknya. 

Video berdurasi empat minit itu dirakam oleh ibunya yang kemudian memuat naik ke media sosial dengan tujuan memberi pengajaran kepada remaja di luar sana. 





Si bapa berhenti dari terus menghukum anaknya selepas nenek remaja itu masuk campur dan merampas buluh dari tangan anak lelakinya itu.

Si bapa kemudian berjalan ke arah dinding dan menangis dipercayai sedih serta terkilan dengan tindakan anaknya yang melakukan perbuatan terkutuk itu. 

Menurut netizen, remaja itu dirotan lebih dari 100 kali. 

Meskipun ia bertujuan memberi pengajaran, ada segelintir netizen mengecam tindakan pasangan itu keterlaluan. 

"Ini sudah melampau. Bagaimana budak itu nak berdepan dengan guru dan rakan-rakan sekolahnya selepas ini? Dia bukannya budak kecil untuk diperlakukan seperti itu. 

"Ada tak yang berpendapat bahawa video ini perlu dibuang? Apa tanggapan kanak-kanak terhadap orang dewasa di kemudian hari?" kata netizen. 

Tidak kurang juga bersimpati dengan si bapa, tetapi mempersoalkan tindakan si ibu yang merakam dan menyebarkan video tersebut. 

"Apabila dia merotan anaknya bertalu-talu, saya dapat rasanya ia tidak terlalu kuat. Dia tahu apa yang dia lakukan. 

"Dia (bapa) menunggu seseorang untuk menghalangnya dari terus merotan anaknya. Selepas dihalang, ia bukan lagi disebabkan 7,000 Yuan. Dia menangis selepas sedar, "Saya baru saja merotan anak saya.".  Saya seorang bapa dan saya faham apa yang dia rasa.

"Keluarga ini menangis, anak mereka telah melakukan kesalahan yang serius. Apa yang saya tidak faham, mengapa si ibu kongsikan video ini kepada umum." kata netizen. 

Di bawah undang-undang China, remaja terbabit tidak didakwa melakukan kesalahan sekiranya dia di bawah usia 16 tahun, kata Pendakwa Raya Li Ling di Taixing People's Procuratorate. Namun bapanya boleh didakwa atas kesalahan melakukan keganasan domestik. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.