Loading...
TR

Temui mayat lelaki ditanam separuh badan di kebun durian


Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan separuh badannya tertanam dalam tanah di kebun durian di Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor Bahru, kelmarin, lapor Harian Metro

Mayat yang dipercayai warga Malaysia itu ditemui padaj am 2.30 petang dalam keadaan mayatnya sudah mula mereput.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan oleh orang awam yang menemui mayat tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan bangsa dan jantinanya di kebun durian. 

Siasatan awal mendapati, mayat dipercayai seorang lelaki dan separuh badannya ditanam dalam tanah dan mayatnya sudah mula mereput di bahagian muka dan sudah hitam. 

"Apabila digali, kita dapati mayat lelaki itu berpakaian lengkap baju-T berwarna merah dan berseluar jeans pendek. 

"Kami menemui wayar 'jumper' bateri kereta berhampiran mayat, namun tiada kesan kecederaan fizikal dilihat pada tubuh mangsa," katanya. 

Jarak lokasi penemuan mayat itu dari jalan besar, kira-kira tujuh kilometer dan jaraknya dari jalan tanah kebun hampir lima kilometer. 



Bedah siasat  mendapati mangsa sudah mati antara seminggu ke dua minggu lalu dan punca kematian disebabkan kesan lebam di bahagian dada akibat dipukul menggunakan objek tumpul. 

"Terdapat kesan lebam di badan mayat, kesan jerut di leher, ada tanda suntikan BCG di lengan kiri, manakala kemaluannya tiada kesan potong atau sunat. 

"Dia memakai satu anting-anting berlogo Nazi di telinga sebelah kiri serta memakai cincin jenis keluli tahan karat bersaiz sembilan di jari hantu sebelah kanan yang bertulis 'forever love'. Kami mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sejenis. 

"Lelaki yang dianggarkan berusia antara 18 hingga 40 tahun itu berkemungkinan dipukul oleh suspek dengan senjata tumpul di dada dan belakang badannya," katanya. 

Kes disiasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.