Kemunculan tiga buah kedai serbaneka yang menjual pelbagai barangannya dengan harga yang murah membuatkan ramai pelanggan rambang mata.
Berdasarkan komen netizen, ramai yang sudah terkena lebih-lebih lagi golongan wanita yang pada awalnya berhajat membeli seunit dua barangan, namun bila keluar dari kedai, plastik penuh di tangan.
Menurut Nurul Diana, dia juga tidak terkecuali menerima nasib yang sama dan lebih kurang RM70 dibelanjakan di kedai tersebut.
DAISO, Eco, Mr DIY ini lubuk bahaya! Aku dah senasib dengan brader-brader dalam gambar ini. Aku tak pernah pergi kedai Eco, tapi orang dok viral-viral kedai Eco best sangat. So aku pergi tadi, nak tengok apa yang best sangat tu.
Niat nak membeli tong untuk letak mainan anak sahaja. Tetapi bila keluar:
- Jajan 4, 5, 6 jenis (serius banyak gila jajan sampai berpinar otak aku tengok.
- Rak apa entah untuk bilik air
- Tempat gantung barang untuk kereta
- Buku colour Uwais
- Pensil warna Uwais
Dan ada banyak lagi. Lebih sadis, duit habis dekat RM70! Aku tak beli pun tong sebab tong takde di kedai Eco!
Siapa senasib dengan Dian? Saya sebagai YB Dian mencadangkan kedai ini semua ditutup sebab kedai ini menyesatkan dan tak jumpa jalan keluar. Semua lorong nak lalu, cuci mata kononnya. Hahaha!
Sumber: Nurul Diana (Founder Dianz)